21 Julai 2010

Takkan hilang kuasa politik Melayu

8 Syaaban 1431 H
Oleh: Roslan SMS

Isu perpaduan Melayu sekali lagi secara tiba-tiba dimainkan. PAS dan Umno perlu berkerjasama demi perpaduan Melayu. Mufti Perak mahu jadi jurucakap banyak pihak mahu turut membantu. Soalnya mendesakkah isu ini?

Ada yang sehingga menggambarkan jika inisiatif tidak diambil menjelang PRU ke 13 nanti orang Melayu akan hilang kuasa di Tanah Airnya sendiri, menolak sama-sekali kata-kata hikmat Hang Tuah: ”Tak Melayu hilang di dunia!”

Berderau darah jika orang Melayu hilang kuasa! Macam mana boleh jadi begitu atau yang sebenarnya akan hilang kuasa adalah parti siasah tertentu?

Disaat ini kerajaan Pakatan Rakyat khasnya di Selangor dan amnya dilain-lain negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan semakin kukuh kedudukannya. Kemampuan memimpin dan membawa perubahan meyakinkan rakyat bahawa mereka telah membuat pilihan yang tepat.

Inilah sebenarnya yang merungsingkan sesetengah pihak. Lebih tepat lagi Umno. Kerana jika rekod ini kekal maka PRU ke 13 nanti yang jadi mangsa adalah Umno.

Kalau Umno jadi mangsa ditolak rakyat dalam PRU ke 13 nanti hilangkah kuasa politik Melayu? Saya rasa tidak, kerana realitinya Umno berentap dengan calon dari PAS dan kalangan calon Melayu dari PKR setiap kali pilihanraya termasuklah nanti PRU ke 13.

Kalah Umno menang PAS dan menang calon Melayu PKR oleh itu macam mana kuasa politik Melayu boleh hilang?

Kerana risiko kehilangan kuasa Umno lah maka barangkali didendangkan lagu perpaduan Melayu ini. Mengapa semasa PAS kalah teruk dalam PRU 2004 atau beberapa PRU sebelum ini tidak didendangkan lagu ini?

Kesimpulannya lantaran itulah PAS dan saya yakin ramai umat Melayu tidak berapa terhibur dengan dendangan lagu ini. Bukannya sombong bukannya jual mahal tetapi ianya tidak relevan dan ianya dilihat penuh tipu-muslihat.

Berikut kenyataan rasmi PAS Selangor berkenaan perkara ini:

KENYATAAN AKHBAR: PAS SELANGOR TOLAK KERJASAMA POLITIK DENGAN UMNO

Isu perpaduan Melayu yang cuba dijadikan agenda politik oleh Umno dipandang tidak relevan oleh PAS Selangor. PAS Selangor merasakan agenda ini cuba diketengahkan oleh Umno semata-mata untuk memecahkan perpaduan erat dalam Pakatan Rakyat khasnya di negeri Selangor.

Sejak bulan Mac 2008 sehinggalah ke saat ini PAS Selangor semakin selesa dan begitu komited dalam memperteguhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didokong bersama PKR dan DAP lantaran menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat jelata.

Orang-orang Melayu di negeri Selangor kini semakin terbuka dan dapat menerima kesungguhan dan keikhlasan pimpinan PAS dalam memimpin mereka. Umno di Selangor semakin dipinggirkan dan tidak mustahil dengan rekod cemerlang kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat dokongan PAS, Umno Selangor akan terus ditolak khasnya oleh orang-orang Melayu sendiri.

Pimpinan PAS pelbagai peringkat termasuklah akar-umbi kini sudah bersedia untuk mengambil-alih saki-baki amanah kepimpinan Melayu yang dipegang oleh Umno di Selangor untuk digantikan dengan kepimpinan Islam yang lebih adil dan meyakinkan seluruh masyarakat.

PAS Selangor memberi jaminan kepada orang-orang Melayu di negeri ini agar jangan bimbang dan khuathir kerana kiranya Umno hilang kuasa di negeri ini maka kuasa politik itu akan beralih ke tangan pimpinan Melayu dalam PAS dan PKR yang ternyata lebih jujur dan bersih dalam memimpin agama, bangsa dan negeri ini.

Harakahdaily/-

2 ulasan:

Awanama berkata...

Pandangan bodoh, UMNO kalah menang PAS, kalah UMNO menang PKR, Tapi kalau kalah dan menang sama banyak macam mana? nanti dalam pakatan DAP yang dominan kerusi dia lebih, masa tu baru UMNO, PAS dan PKR ternganga, lu cakap macam orang tak berpelajaran, macam saleman je..ingat kuasa politik jangan main-main nanti yang jadi mangsa orang melayu keseluruhannya, tak kira PAS, UMNO dan PKR.

Awanama berkata...

Nya mimang betul itulah politik orang malayu asik asik sebut pesal kaum dan bangsa. lepas tu, kelian kata hidup malayu hidup umno marilah bangsa malayu bersatu jangan sampai kaum lain dan kaum china menkuasai bangsa kita. inilah bangsa malayu sikit sikit sebut bangsa agama. patut pun kaum china tak memberi sekogan kepada kerajaan umno bn sebab parti umno adalah parti perkauman.kelian tahukah semasa tun dr mahadir menerajui perdana menteri malaysia, perna dia berkata.. kemenangan berisan nasional bn, bukan mengharap keputusan dari sabah
dan sarawak tetapi keputusan dari semenanjung katanya.tapi sekarang bagaimana pulak kalau bukan sabah dan sarawak mungkin dah lama kerajaan umno bn ini tumbang di tangan pekatan rakyat yang dibirisi oleh tiga parti pembangkang iaitu pkr dap dan pas.tapi sekarang pulak parti umno pulak nak memperlawakkan pas ini nak bergabung dengan umno. bukankah pemimpin umno perna berkata pas ini parti
islam yang sasat? itulah sekerang apabilah umno ini dah mulah guyang, barulah nak memujuk pas bergabung dengan umno dan menyuru pas keluar dari pekatan rakyat sebab kenapa umno bn dah mulai goyang. itulah kerancitan umno apabilah dah mula goyang baru nak cari saudara sesama islam. dan kami dari pihak pembangkang menyuru kerajaan umno bn hentikan politik perkauman. hentikan penipuan pelihan raya dan pilihan raya diadakan semulah kerana pru 13 yang lepas adalah tidak sha. Hidup pekatan.....!