8 Syaaban 1431 H
Oleh: HAKHISALMAN
Baru-baru ni seorang sahabat kita telah kematian anaknya yg berumur tidak sampai sehari (moga Allah memberi pahala dan kesabaran kepadanya). Beberapa sahabat kita bertanya tentang apakah hukum melakukan akikah untuk bayi tersebut. Maka disini sy menghidangkan tajuk “waktu akikah” untuk menjawab persoalan tersebut. Akikah adalah haiwan yang disembelih sempena kelahiran bayi pada hari ke7. Hukumnya sunat.
Waktu mula Akikah
Bermula waktu akikah apabila telah keluar semua bayi tersebut. Waktunya berterusan sehingga hari yang ke tujuh. (Ini adalah pendapat mazhab Syafie dan Hambali)
Imam Nawawi berkata:
“Sekiranya disembelih binatang akikah selepas hari yang ke tujuh dr kelahirannya atau sebelum hari yang ke tujuh dan selepas kelahirannya, sah akikahnya. Kalau dilakukan sebelum kelahirannya tidak sah. Hukum tidak sah ini adalah sepakat para ulama.
Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat waktu akikah adalah pada hari ketujuh dan bukannya sebelumnya.
Waktu yg disunatkan akikah
Imam Nawawi berkata:
“sunnah menyembelih binatang akikah pada hari ke tujuh dari hari kelahiran”
Dalilnya adalah hadis Nabi saw:
كُلُّ غُلامٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ ،
وَيُحَلَّقُ وَيُسَمَّى
“Setiap bayi yang dilahirkan tidak membesar dgn cara yang baik sehinggalah diakikahkan dgn disembelih binatang akikah pada hari ketujuh, dicukur dan diberi nama.” (Hr Abu Daud dan al-Hakim . Hakim dan az-Zahabi menghukum hadis ini sahih)
Kebanyakan ulama berpendapat hari kelahiran termasuk dalam hari yang tujuh.
Akikah untuk simati
Mazhab Syafie menyatakan sunat akikah untuk orang yang telah mati. Imam ar-Ramli (Ulama as-Syafie) telah berkata:
“Dan disunatkan menyembelih binatang akikah untuk yang telah mati selepas hari yang ketujuh atau sebelumnya dan setelah sempat untuk disembelih.”
Imam Hasan al-Basri dan Imam Malik mengatakan tidak sunat akikah untuk orang yang telah mati.
Sehingga bila boleh akikah
Imam Nawawi berkata:
“Ulama-ulama kami (Syafie) berkata : Akikah tetap disunatkan walaupun telah melepasi umur 7 hari. Disunatkan dilakukan akikah sebelum bayi itu mencapai tahap baligh.”
Apabila telah baligh maka bapa tidak disunatkan untuk melakukan akikah untuknya. Selepas itu diberi pilihan kepada orang tersebut samaada untk mengakikahkan dirinya sendiri atau pun tidak. Seeloknya dia mengakikahkan dirinya sendiri. Ini berdasarkan Hadis riwayat Anas bin Malik ra:
“Nabi saw mengakikahkan dirinya selepas baginda menjadi Nabi” (Hr Baihaqi)Imam Nawawi berkata: “Hadis ini adalah batil”
Imam Ibnu Hajar berkata:
“Hadis ini bukanlah batil pada semua sanadnya. Sesungguhnya Imam Ahmad, al-Bazzar, at-Thabrani telah meriwayatkan hadis ini dari beberapa sanad yg berlainan. Imam al-Hafiz al-Haithami mengatakan salah satu sanadnya adalah perawi-perawinya yg sahih melainkan sorang yang perawi hanya sampai taraf thiqah (bawah sahih dan atas daif).”

2 ulasan:
ustaz.bleh ke saya mengakikahkan anak saya dan diri saya sendiri(belum diakikahkan oleh keluarga) serentak?ini kerana ada pendapat mengatakan tidak boleh.
setahu saya boleh, sayapun begitu buat akikah selepas masuk islam , kerana mana ada aqiqah lagi; begitulah dengan saudara mungkin kerana kelalaian pihak keluarga dulu saudara belum diaqiqahkan. paling kurang saudara dapat pahala beri makan kepada orang lain, lakukanlah secepat mungkin.
Catat Ulasan