17 Syaaban 1431H.
Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan pecah amanah berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau tiba di mahkamah pada jam 4,45 petang dengan ditemani isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya.
Ling kemudian mengambil tempatnya di kandang tertuduh.
Beliau adalah presiden MCA yang kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Suan.
Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.
Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.
Sehubungan itu, beliau dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Be
kas menteri pengangkutan itu juga berikan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin ditetapkan pada RM1 juta.
Hakim, Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.
Ling kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan akan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen, esok.
Sebelum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini.
Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya.
Pada jam 4 petang tadi, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Datuk Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.
Dua yang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.
Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.
Malaysiakini/-

11 ulasan:
Ini Bermula Nya Demokerasi Di Malaysia, Agar Ramai Lagi Pemimpin Rasuah Akan Di Hadapkan Ke Mahkamah, Shabas Peguam Negara.
ini menunjukkan kerajaan hari ini telus
Telus kepala otak hang!...berguni-guni fail kes cukup dengn bukti yang kerajaan BN takut nak selak hang tak kira?1...telus apa?..tak usahlaa hang nak jadi pengampu tak berlesen...
Ini wayang kulit saja,percayalah.Dulu seorang
Menteri dari Sabah telah didapati bersalah kerna rasuah,las las didapati tidak bersalah.Kes Perwaja pun sama,itu Eric Chia tidak bersalah.Kalau benar Kerajaan nak menegak keadilan,dakwa Kontrator2,dakwa Pengurusan tertinggi PKFZ dan ambil balik duit yang telah ditipu itu kembali pada rakyat.
Awat yang tak berapa nak cerdik sangat ni..telus mai kut mana????
Kes beli kapal selam dengan jet macamana????
lagi kes ni tak boleh nak dibicara..kerajaan UMNO yang memerintah tetap mangkok ayun!!!
kepada tanpa nama,.aku setuju sgt2 dgn ko..
Saksikanlah mahkamah & sistem perundangan Katun 1Malaysia....hahaha
kaya betul..leh bayar 1 juta...on the dot...waduh-waduh...kena jadi menteri gak ni baru leh dapat cuit juta-juata...
Rakyat menanti bilakah pula Samy Vellu dan konco-koncpnya akan didakwa dan dipenjarakan kerana rasuah......
Ini Semua Main Wayang Sahaja...Insyallah Allah akan hancurkan UMNO/BN bersama pemimpin pemimpin mereka yang zalim..
ini sangat kencil entah entah dah berguni guni dia dah kebas tapi pemerintah pejam sebelah mata saja kerana penyokong dia. Yang rugi orang Melayu dah tanah air dah nama tergadai ini pula maruah memerintah tergadai juga. Saya sokong satu Malaysia sehingga Melayu rebah...... lihatlah nanti kalau kita tak bersatu atau masih kata kami tak perlu bersatu kerana kami kuat. Dah lama dah ........
Kalau kunco2 BN naik mahkamah, tak bergari pun tangan tu... cuba org pakatan; siap FRU lg tunggu. Politik kotor.
Saya bukan saja tak percaya dgn pemerintah sekarang, dgn sistem perundangan & pihak berkuasa (Trafic, PDRM, Kastam, Imergresin)pun saya tak percaya... ada tangan2 ajaib yang buat keputusan, byk lg fail2 kes yang disimpan.
Kos sara hidup yang membebankan dek kerakusan & kezaliman pemerintah, memaksa kakitangan kerajaan mengamalkan tradisi meminta & menerima rasuah.
Catat Ulasan