12 Ramadhan 1431H.
Oleh Mohd Syamil Azhar.
LENGGONG: Penerima rumah PPRT Felcra kesal apabila rumahnya yang mula dibina November 2009 dan siap kira-kira empat bulan lalu masih belum dapat diduduki, malah masih tidak boleh dipasang meter bekalan elektrik.
Nor Aisan Norman, 42, yang tinggal di Kampung Chain dekat sini, lebih kesal kerana rumah yang dibina itu tidak mengikut spesikasi yang ditetapkan menyebabkan berlaku beberapa kerosakan.
Katanya, antara kerosakannya ialah berlaku keretakan dinding di beberapa bahagian dan kebocoran di bahagian atap dalam tandas selain beberapa keretakan di bahagian luar.
"Sepatutnya rumah itu yang mulai dibina November tahun lalu sudah siap sepenuhnya selepas dua atau tiga bulan dan kami sekeluarga enam beranak sudah boleh selesa tinggal di dalamnya.
"Tapi nampaknya Ramadan dan Aidilfitri ini kami masih terpaksa menumpang di rumah mentua lagi," katanya sempena kunjungan Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PaS Perak, Haji Razman Zakaria dan rombongannya semalam.
Razman membuat kunjungan ke rumah berkenaan selepas menerima aduan mengenai masalah yang dihadapi penerima rumah itu yang meminta beliau turut sama menangani masalah dihadapi.
Nor Aisan berkata, rumah yang dibina dengan peruntukan RM33,000 oleh Felcra itu hanya baru diluluskan tahun lalu setelah kira-kira sejak 10 tahun lalu dia memohon rumah PPRT kepada kerajaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal daerah.
Katanya, dia dan isterinya yang menyara 4 anak, tiga daripadanya bersekolah rendah dengan pendapatan bulanan hanya RM400 hasil berniaga gerai makan terpaksa menumpang di rumah mentua sejak berkahwin.
Selain terpaksa menumpang rumah mentua, tanah tapak rumah pula, katanya menumpang tanah orang lain yang pada bila-bila masa saja tuan tanah akan mengambilnya untuk dimajukan.
"Sehubungan itu kami sekeluarga berharap sangat-sangat supaya pihak berkenaan pastikan rumah ini siap dan boleh diduduki secepat mungkin," katanya.
Sementara itu, Razman berkata pihak-pihak berkenaan perlu memastikan rumah yang dibina mesti mengikut spesikasi yang telah ditetapkan supaya tidak berlaku seperti apa yang berlaku itu.
Katanya, rumah yang dibina itu sekiranya benar dimulakan sejak November tahun lalu adalah tidak munasabah sehingga Ogos tahun ini pun masih tidak dapat diduduki sedangkan ada rumah lain yang baru saja dibina sudah boleh diduduki.
"Sebagai Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab menangani masalah-masalah seperti ini dan saya harap semua pihak terbabit dengannya dapat menyelesaikan segera tanpa memberi apa-apa amaran kepada penerima," katanya.
Razman berkata, Felcra juga diingatkan supaya membuat bancian teliti kepada peserta-peserta sendiri yang sepatutnya lebih berhak menerima bantuan bulanan, malah bantuan perumahan kerana masih ramai kalangan peserta yang hidup dalam keadaan daif.
Katanya, berdasarkan pengakuan penerima rumah PPRT terbabit, dia dan isterinya bukan peserta Felcra, tetapi diberi peruntukan di bawah syarikat milik penuh kerajaan itu.
"Tak apalah, yang sudah itu sudahlah, tetapi untuk masa-masa akan datang Felcra mesti memberi hak kepada peserta-peserta, bukan kepada pihak lain yang tidak ada kena mengena.
"PAS tidak mahu hanya kerana kepentingan politik bantuan atau peruntukan diberikan kepada mereka yang bukan ada hak," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan