13 Ramadhan 1431H.
Sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban telah disimbah dengan cat merah awal pagi ini.
Cat merah itu disimbah pada bahagian belakang surau tersebut.
Kejadian itu disedari oleh jawatankuasa surau tersebut pagi ini dan kemudiannya membuat laporan polis.
Surau tersebut baru beberapa minggu digunakan dan belum berpagar.
Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga ADUN Lobak, Anthony Loke (kanan) pergi ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenainya.
Beliau ke situ bersama ADUN Temiang Ng Chin Tsai dan dan ADUN PKR Sikamat, Aminuddin Harun (kiri).
Mereka menemui satu botol arak yang mengandungi cat merah di situ.
Difahamkan, surau tersebut baru siap dibina kira-kira sebulan yang lalu.
Sementara itu, polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengambil kenyataan daripada jawatankuasa surau berkenaan.
Malaysiakini/-
Ulasan Cina Islam :
melihat kepada penemuan botol arak yang mengandungi cat merah saya dapat mengagak ini adalah satu episod baru yang dilakukan oleh pihak tertentu. kalau sebelum ini kepala babi dijadikan bahan untuk menimbulkan persoalan siapa yang lempar, namun akhirnya terbukti yang melemparnya orang yang tidak makan babi.
Sekali ini botol arak dijadikan bahan untuk mempersoalkan siapa yang simbah cat ?

1 ulasan:
xpayah jenuh2 pk sape yg buat, keje UMNO la ni..puak najib, puak mahathir..bapak buat huru hara, anak pon ikut nk buat huru hara
Catat Ulasan