05 Ogos 2010

BAJET TAMBAHAN 80 JUTA: HAK SUARA RAKYAT DI NAFIKAN

23 Syaaban 1431 H

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal akan fungsi dan kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang semakin tidak berperanan dengan baik kerana sanggup mengambil tindakan terdesak untuk meluluskan Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan (Bajet Tambahan) RM 80 juta yang jelas menafikan hak wakil rakyat untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

DPPN Pk merasakan suara rakyat sudah tidak mendapat layanan sewajarnya apabila persoalan untuk mendapatkan penjelasan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) secara terang telah dinafikan.

Penjelasan Bajet Tambahan tersebut perlu kerana dengan lulusnya Bajet tersebut akan meningkatkan defisit kewangan kerajaan negeri yang juga merupakan tanggungan rakyat. Mengapa perlu takut membahaskan secara ilmiah jika benar Bajet tersebut demi rakyat?

Justeru, DPPN Pk merasakan bahawa Barisan Nasional (BN) terdesak untuk meluluskan Bajet tersebut demi kekuasaan mereka semata-mata dan bukannya untuk pembangunan rakyat seperti yang didakwa.

Ini jelas dari tempoh persidangan yang begitu singkat dengan hanya menumpukan kepada kelulusan bajet tambahan semata-mata sedangkan masih terlalu banyak isu-isu permasalahan rakyat yang sepatutnya mendapat perhatian DUN. Rakyat boleh menilai sendiri fungsi DUN yang semakin hari semakin gelap.

Rakyat Malaysia dan juga seluruh dunia sekali lagi dapat melihat satu adegan hitam terkini dari siri ‘kekartunan’ sidang DUN Perak yang sehingga kini masih belum ada kesudahan yang telus.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Padan muka dgn penyokong2 UMNO/BN...
Semakin miskin la lu org, yg kaya kroni2 & kaki pengampu. Disebabkan kain pelekat & duit sogokkan RM50 semasa berkempen, sekarang lu org kena byr harga barang naik, to naik, minyak naik.. ada otak tanak pikir. 1 2 3 lekok, jantan betina aku ketuk. hahaha

KATAKUT.....blogspot.com berkata...

Saya baru menerima surat bedaftar di alamatkan kerumah berkenaan maki hamun kata fitnah terhadap DS Anuar Ibrahim tapi malangnya pada surat berdaftar terebut tidak bersetem untuk mengambil surat tersebut saya terpaksa membayar duit setem tersebut, saya tidak akan menghalalnya (ini memang kerja Dajjal UMNO) menyusahkan rakyat