05 Ogos 2010

AMARAN - JANGAN JADI PEMIMPIN CELAKA !!

23 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA anda baca laporan ini, apa yang mahu anda katakan? CELAKA. Memang celaka bagi mana-mana pemimpin samada dari PAS, PKR mahu pun DAP yang bercadang mahu bersatu dengan Umno, apatah lagi mahu mewujudkan Kerajaan Perpaduan.

Memang benar jangkaan kita selama ini, Umno tidak akan berubah kerana Umno wujud bukan untuk melakukan keadilan kepada rakyat jauh sekali untuk menegakkan Islam seperti yang PAS impikan.

Umno menyalak ke hulu ke hilir kununnya membela nasib rakyat. Umno bertopengkan Apco kununnya untuk memperjuangkan Islam. Di dalam keadaan Umno sekarang nyawa-nyawa ikan, mereka masih sombong dan angkuh menzalimi rakyat.

Bayangkan jika mereka sudah kembali kuat dan gagah. Adakah terliur lagi pemimpin kita untuk berjabat tangan dengan Umno? Jika ada, memang itulah pemimpin celaka sebenarnya.

Amaran kita berikan kepada mana-mana pemimpin agar menjauhkan diri dari Umno. Umno tidak layak untuk kita jadikan sahabat. Biarlah beribu Mufti mengeluarkan `fatwa' wajib bersatu dengan Umno, persetankan.

Biar Mufti itu memberi hukum di atas apa yang berlaku kepada rakyat yang majoritinya Melayu Islam yang dikasari dan dizalimi sewaktu program Pembangkang baru-baru ini.

Mana Mufti yang selama ini menjerit melolong minta bersatu? Bisu seribu bahasa melihat kezaliman di depan mata?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1. Mufti yang pekakkan telinga & butakan mata melihat kezaliman BN & penindasan BN pada rakyat Malaysia?
2. Mufti yang tak berani menegur pemimpin yang berzina dgn artis & minum arak?
3. Mufti yang bersubahat dalam pembohongan kes liwat anuar?
Ish kalau aku lah ahli keluarga mufti tu, malu nak mgaku bapak, abg, suami.. biarlah bapak aku kerja nya pekebun ~ rezeki yang sedikit tp berkat. Mufti, rosmah & PM lupa kot duit tak bolih bawa mati.

Tanpa Nama berkata...

kenapa begitu keras sekali bahasa digunakan ... kalau menulis biarlah menggunakan perkataan yang berhemah serta komen yang membina. Adalah lebih baik memberi cadangan yang wajar daripada meluahkan emosi yang memperlihatkan kitidak-matangan.

Kita semua tahu Mufti adalah jawatan didunia yang diamanahkan untuk menjaga Agama Allah di Malaysia, walaupun kkita juga mengetahui Allah tidak memerlukan makluknya untuk memelihara AgamaNya.

Saya berharap Mufti-mufti seluruh Malaysia dapat memainkan peranan yang lebih effective serta dekat dengan masyarakat. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa Mufti memberi sumbangan besar ke atas perkembanga Islam di Malaysia. Semua yang dilakukan akan disebarkan oleh media perdana jika memberi keuntungan kepada Kerjaan BN yang lainnya disenyapkan tanpa pengetahuan umum.

Adalah lebih elok jika Mufti bersatu serta mempunyai blognya sendiri dalam mengetengahkan persoalan umum yang perlu dijelaskan segera.

Ini lebih berkesan, tepat, serta boleh diperbahaskan. Kerana Islam itu agama yang sempurna, Adil, dengan berlandaskan Al-quran dan Haditsh.

Setiap krikatan, tanpa mengira kepentingan kerajaan, pembangkan ataupun mana-mana pihak setelah dipertimbangkan kewajaraan kehendak umum.

Mufti juga harus meluaskan skop peranannya sebagai penasihat kepada kerajaan, pembangkang, rakyat malaysia.

Saya juga menyarankan Mufti dijemput sebagai pemerhati disetiap perhimpunan agung PAS/Umno. Samada mereka berminat untuk menyertainya, ia adalah perkara kedua. Ini kerana setiap perhimpunan agung segala dasr dibentangkan dan seharunyalah menepati kehendak Islam.

Dan janganlah kerajan meletakkan mufti sebagai pembaca doa sahaja di keraian-keraian besar kerajaan,

Sekadar pendapat, mungkin boleh diperelokkan, ditambah atau diperbetulkan.

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

I luv mufti Johor... I proud with u.
Thanks to Sultan Johor for your caring Muslim people. Not like P*$#K mufti... so sad no liability and truthful when talk.