05 Ogos 2010

SIDANG DUN PERAK: GANESAN LANGGAR PERATURAN

23 Syaaban 1431 H

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 1 April yang lalu Datuk R Ganesan yang mendakwa sebagai ‘Speaker’ tidak berkemampuan untuk menjalankan tugas kerana tidak memahami bidang tugas sebagai seorang Speaker dan juga kuasa yang ada kepada seorang Speaker.

Pada hari ini juga Datuk Ganesan tidak berfungsi sebagai seorang pengerusi yang menjalankan tugas yang sepatutnya dan telah menyalah gunakan kuasa yang ada. Salah guna kuasa tersebut sepatutnya di tegur oleh ‘orang lama’ di dalam DUN iaitu Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali yang juga bekas Menteri Besar Negeri Perak namun ianya tidak berlaku.

Janji Datuk Ganesan untuk mengambil tindakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang di katakan tidak tertib atau melanggar peraturan semasa sidang DUN yang lalu langsung tidak diambil tindakan sehingga kini.

Hari ini juga Datuk Ganesan sekali lagi tidak memahami peraturan DUN dengan mengambil tindakan yang bukan dalam bidang kuasanya sebagai seorang 'Speaker'.

Jika terdapat salah laku yang di laporkan, semua ADUN terlebih dahulu perlu di hadap ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang di ketuai oleh Speaker DUN tetapi ini juga tidak berlaku dan Ini menggambarkan bahawa Datuk Ganesan tidak layak sebagai seorang yang boleh menggunakan kuasanya dengan baik tetapi menyalah gunakan kuasa yang ada.

DPPN Pk meminta rakyat menilai sendiri perilaku yang di tunjukkan oleh Datuk Ganesan yang memalukan rakyat Negeri Perak yang memahami akan keperluan dan fungsi DUN yang sebenar.

1 ulasan:

king berkata...

Salam YB..

Kenapa setiap kali cuba nak buka website ni terdapat amaran ada nya serangan virus...??

Adakah betul begitu atau ada pihak2 yg cuba menghalang orang ramai dari melawat ke laman ini.

Harap YB dpt mengambil tindakan yg sepatut nya.

Wassalam...