21 Syaaban 1431 H
Oleh: eSpAcE 9808
SAYA baru saja mendapat surat notis saman ekor dari Bukit Aman. Terkejut saya, bukan satu saman tetapi enam saman dari tahun 2003 hingga 30 Ogos 2009. Oleh itu jumlahnya pun banyak - beratus-ratus ringgit.
Maaf bukan tujuan saya hendak mengutuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi soal kelemahan pada sistem saman ekor yang dilaksanakan sekarang. Lama sangat baru dapat notis. Kalau dinilai dari segi prestasi, kecekapan, produktiviti, kualiti dan kepuasan pelanggan, berapa markah hendak diberikan.
Saya kira saman ekor yang berkesan adalah sekiranya saya melakukan kesalahan memandu melampaui had laju pada tujuh hari lalu dan kemudian saya menerima notis pada hari ini. Bukannya selepas tujuh tahun saya melakukan kesalahan, baru hari ini saya menerima notis tersebut.
Mujur juga belum ada sakit jantung. Kalau tidak, tak mustahil jandalah isteri saya dan yatimlah anak-anak saya yang sedang bersekolah sekarang sebab terkejut menerima notis saman dari PDRM.

5 ulasan:
Bila check dekat komputer JPJ, kenderaan saya telah disaman pada 2002, tapi saya tak dapat-dapat surat pun sehingga sekarang. Saya rujuk kepada peguam, mereka kata tak perlu bayar sehingga dapat surat. Bila dapat surat naik mahkamah, buktikan kesahihan alat perakam. Saman boleh bayar ansuran dengan persetujuan hakim.
bayar aje yb, kita sama-sama tolong najid dan rosmad cari duit belanja.cover la mana yang patut
salam
masalahnya tak boleh bayar road tax selagi tak bayar saman ekor, tak ke haru....
Kerja polis kini dah semakin gila... semata-mata mengikut arahan najib, supaya dapat duit untuk dia dengan bini belanja sakan. Kesian tengok anak-anak yang masih berlajar (dan berhutang PTPTN) kena saman atas perkara yang remeh yang kalau keadaan biasa boleh dimaafkan. Rasa-rasa polis-polis ni macam di beri KPI berdasarkan banyaknya jumlah saman yang dikeluarkan.
Kalau kena saman JANGAN HALALKAN walau satu sen dan cakap dengan polis-polis tu yang duit tu tak halal. Pasti pihak polis akan berkata yang mereka menjalankan tugas. Beritahu polis-polis tu yang mereka mengikut perintah dari orang-orang gila dan pasti turut terlibat dengan wang yang tak halal lagi menyusahkan dan menzalimi rakyat ... sama saja dosa si perlaksana dengan si memberi perintah.
Ingat, Allah tidak hapuskan firaun saja tapi habis dengan bala tenteranya. Jadi polis-polis, kamu terlibat membuat aniaya terhadap bukan sahaja rakyat tetapi juga DIRI sendiri dan ingatlah juga Akhirat itu TERAMAT SUKAR...... bagaimana nanti mencari mereka-mereka yang teraniaya itu untuk meminta keampunan.....
saman ekor adalah satu kezaliman untuk rakyat
Catat Ulasan