03 Ogos 2010

"Mengapa penyokong pro-ISA tidak ditahan?"

21 Syaaban 1431 H
Oleh: Susan Loone

Tiga aktivis dan seorang peguam yang ditahan polis di sudut pidato Pulau Pinang malam tadi kerana menyertai perhimpunan bagi membantah terhadap Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) mendakwa polis berat sebelah dalam melaksanakan tugas mereka.

Ini kerana, polis dikatakan gagal bertindak terhadap ‘kumpulan pengacau’ yang didakwa 'dinaungi' Umno yang juga berada di lokasi yang sama malam tadi.

Ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Choo Chon Kai, yang bercakap di luar balai polis Jelutong pada jam 12.30 pagi selepas dibebaskan berkata kumpulan yang mendakwa sebagai ‘penyokong pro-ISA’ itu bukan sahaja ‘biadap dan kasar’ tetapi cuba mengapi-apikan orang ramai agar terjerumus dengan keganasan.

Malangnya, Choo berkata polis bukan sahaja gagal bertindak terhadap kumpulan berkenaan tetapi menangkap beliau dan rakan-rakannya yang berhimpun secara aman.

“Inilah wajah sebenar penyokong ISA; mereka mempunyai wajah ‘fascist’yang mengambarkan keadaan mental mereka yang masih terperangkap dalam zaman penjajah,” katanya.

“Malangnya, polis juga bertindak dengan cara yang sama ketika cuba memaksa rakyat yang berhimpun secara aman bersurai,” tambahnya.

Choo juga mempersoalkan mengapa Malaysia masih mengekalkan undang-undang yang diwarisi oleh penajajah Inggeris, meskipun negara telah mencapai kemerdekaan lebih 5 tahun.

“Malah perogol dan pembunuh juga diberikan perbicaraan yang adil, tetapi mereka yang ditahan mengikut ISA, tiada perbicaraan langsung. Ini mungkin berlaku kepada mereka yang cuma menjual lencana anti-ISA; polis tidak perlu mengemukakan sebarang bukti di mahkamah,” kata Choo lagi.

Pada kejadian malam semalam, jumlaah mereka yang berhimpun dianggarkan sekitar 100 orang berbanding 180 anggota polis yang dikerahkan ke lokasi. Mereka cuma diberikan masa lima minit untuk bersurai atau menghadapi kemungkina ditangkap.

Malaysiakini/-

8 ulasan:

Alhamdulillah berkata...

Kalau rasa Malaysia tak sesuai kenapa masih sekarang berada di Malaysia

Tanpa Nama berkata...

memang beruk tak boleh berfikir, sebab tu bercakap tidak berdasarkan keperluan manusia, dan setuju dengan undang-undang rimba. memang sangat sesuai jadi beruk.

Tanpa Nama berkata...

ooo...maksud u kena kuar malaysia la yer?kalau marah kat isteri cari isteri lain lah ye?marah anak buang anak la yer?apa la punya mentaliti

Sadri berkata...

Hanya orang BUTA keadilan sahaja yang menyokong ISA.

Tanpa Nama berkata...

Pengundi setia sungai rapat ibarat tak suka dgn penjajah british berada kat Tanah Melayu, Pengundi Setia Sungai Rapat sendiri keluar dari Tanah Melayu... bukan nak memperbetulkan Tanah Melayu. Bagus sangatlah british tu abik semua bijih timah macam BN abik duit petroleum.

Bodoh punya manusia.

Tanpa Nama berkata...

kepada 'pengundi setia sungai rapat'
lu punya fikiran macam budak2 lol..

Tanpa Nama berkata...

Betul tu tanda nama... pengundi Setia Sungai Rapat bukan saja BODOH punya manusia tapi dah tahap banggang mcm BINATANG.

Tanpa Nama berkata...

PRO, pengundi setia sg rapat mana belajar sejarah... apa dia tahu hal penjajah di Tanah Melayu. Biarla anak cucu dia dijajah oleh BN.