03 Ogos 2010

Penternakan Kambing Tingkatkan Pendapatan Kaum Tani Hui di Ningxia

21 Syaaban 1431 H

Ma Zhongjun, penternak kambing yang terkenal di Baitugang kaunti Lingwu Wilayah Autonomi Hui Ningxia China.

Beliau merupakan seorang penternak kambing yang kerjaya kerana mempunyai lebih seribu ekor kambing.

Jumlah pendapatan tahunannya dijangka mencatat sejuta yuan RMB. Kebanyakan pedagang datang ke Baitugang untuk membeli kambing yang berkualiti tinggi.

Pedagang yang datang dari pekan Ningdong dan bandar Wuzhong hanya merupakan satu komponen dalam kalangan pengurus penternakan di kaunti Lingwu.

Terdapat ramai pedagang yang pergi ke kaunti Baitugang untuk membeli kambing yang diternak di sana disebabkan daging kambing yang berkualiti tinggi.

Menurut Ma Zhongjun, jumlah pendapatan setahun beliau mencecah sekurang-kurangnya 200ribu yuan RMB.

Ma Zhongjun berkata, dasar kerajaan pusat telah menyediakan lebih banyak kemudahan kepada para penternak.

Beliau berusaha untuk menggandakan jumlah kambing ternakannya daripada tahun lalu supaya pendapatan tahunannya meningkat kepada sejuta yuan RMB.

Kebanyakan keluarga penternak kambing di kaunti Lingwu baru-baru ini juga mengambil langkah seperti itu.

Menurut taksiran, jumlah ternakan kambing dari Baitugang mencatat 270 ribu ekor pada tahun 2008, manakala jumlah pendapatan daripadanya mencatat kira-kira 7 juta 200 ribu yuan.

Jumlah itu merupakan kira-kira 20% daripada jumlah keseluruhan pendapatan per kapita petani di seluruh kaunti itu.

Bagaimanapun, usaha menternak kambing di kaunti Lingwu sebenarnya tidak mengalami perubahan yang besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Ma Zhongjun, kebanyakan keluarga penternak mahu mendapatkan lebih banyak keuntungan daripada usaha menternak kambing disebabkan daging kambing dari Lingwu berkualiti tinggi dan amat terkenal.

Bagaimanapun, bekalan daging kambing dan kulit kambing tidak dapat menampung permintaan yang begitu banyak daripada pedagang.

Oleh itu, daging kambing hanya dapat dijual kepada restoran dan penjual kecil-kecilan sahaja.

Pengalaman menternak yang kurang dan cara penternakan yang kurang saintifik menyebabkan para petani tidak berani menjalankan perusahaan secara besar-besaran.

CRI/-

Tiada ulasan: