06 Ogos 2010

ULAMAK MUDA MASUK UMNO ITU SEKULAR RUPANYA

24 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

BARU kita tahu kemasukan `Ulamak Muda' ke dalam Umno hanya untuk berdakwah bukan berpolitik. Jelaslah kepada kita `Ulamak' tersebut adalah Ulamak sekular kerana mengasingkan politik dan ugama.

Sewajarnya lah mereka memasuki Umno kerana sememangnya Umno berjiwa sekular. Nasib baik mereka tidak menyertai PAS kerana jika tidak pastinya mereka ini akan menghancurkan PAS dari dalam dengan ajaran sekularnya itu, Baca sini.

Itulah nikmat Allah kepada PAS di mana golongan cerdik pandai agama yang berfikiran sekular tidak akan berselera bersama PAS.

Allah mungkin telah membutakan mata mereka untuk memilih PAS kerana jiwa mereka tertarik dengan sekular. Biarkan saja mereka berdakwah dengan Umno, dan pemimpin Umno pula teruskan mencari kekayaan.

Yakinkah kita dengan usaha `Ulamak' yang mengasingkan politik dengan ugama itu untuk memperbetulkan Umno? Kita lihat nanti di mana kesudahannya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau macam tu bukan ULAMAK..
tu ulaQ dalam semak..
1 kati daging 2 kati lemak..

Tanpa Nama berkata...

UMNO jumpa peminta sedekah tepi jalan dan beri lebai kemudian angkat jadi ulamak muda agaknya, tak begitu sana sini sinu?

Tanpa Nama berkata...

Alahai PAS, janganlah terlalu bangga diri seolah-olah diri alim sangat agamanya. Politik tu dalam syariat agama bukannya agama dalam kanun politik. PAS seolah-olah menggariskan yang seseorang itu tidak beragama jika tidak berpolitik. Ishhhhh siapalah ynag ulaQ dalam semak. UMNO memang dah teruk tak payahlah nak kotorkan diri dengan mengotorkan benda yang dah kotor.

Tanpa Nama berkata...

Dah tau UMNO tu hampeh & kotoq..ada hati lagi nak p perbetoi dari dalam la kononnya..
Dalam kandang umno..penuh taik..
kalau masuk..x banyak sikit mesti kena punya..
Hang tu ulamak..nak buat benda baik..tapi sendiri punya badan bau busuk..macamana???
tapi kalau masuk UMNO nak adjust RM..ok lah..
Baru betoi..

Tanpa Nama berkata...

wahai ulamak pas...boleh tolong jelaskan dalil dan hadis sahih yang menyatakan agama dan politik tak boleh dipisahkan..., apa yang diterangkan oleh tok guru masih kelam..tidak sepertimana penerangan imam al-ghazali.

Tanpa Nama berkata...

kenapa semua orang yang komen diatas terlalu mengikut nafsu seperti dendam yang terlalu dalam , dari hati yang sangat kotor...peliknya..pas itu baik tetapi yang tak baiknya adalah penyokong dan penulis yang berkiblatkan dendam kesumat..kesiannya..ya allah..bukakanlah pintu hati mereka, bersihkanlah hati mereka yang masih kelam dari perasaan buruk sangka..