27 Ramadhan 1431 H
Oleh: Muhamad Abdul Qayyum
Kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai dan mengiktiraf lebih 107,620 warga emas yang berdaftar sebagai pengundi dengan memberi sumbangan tahunan RM100 seorang sebagai tanda prihatin kerajaan Pakatan Rakyat itu.
Bagi memenuhi tanggungjawab sebagai kerajaan yang mengambil peduli kebajikan rakyat, pentadbiran pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng itu turut mewujudkan satu skim sumbangan jenazah atau kematian yang membabitkan sumbangan wang sejumlah RM1,000 kepada waris atau keluarga warga emas terdekat yang meninggal dunia.
Menerusi pendaftaran sistem i-sejahtera yang dibangun dan diperkenalkan kerajaan negeri, lebih 776 waris sudah menerima sumbangan di bawah skim itu yang membuktikan dasar kerajaan negeri yang berjiwa rakyat.
"Rakyat negeri Pulau Pinang perlu mendaftar segera bagi menyertai sistem i-sejahtera yang bakal memudahkan mereka menikmati faedah daripada program sosial anjuran kerajaan negeri," kata Guan Eng pada majlis penyampaian skim sumbangan jenazah atau kematian kepada 224 penerima baru di Dewan Orang Ramai Pajak Song, Kepala Batas semalam.
Sejumlah 50 warga emas kawasan Sungai Dua turut menerima sumbangan tahunan RM100 setiap seorang.
Ketua Menteri itu berkata, kerajaan negeri juga membelanjakan RM200,000 setiap bulan bagi membantu golongan miskin tegar.
Hadir sama di majlis itu, Timbalan Ketua Menteri I, Dr Mansor Osman, exco kerajaan negeri Phee Bon Poh dan Lim Hock Seng serta ADUN Bagan Dalam, A Tanasekharan dan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Hassan Mat Daud.
Malaysiakini/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan