07 September 2010

Sudah 3 tahun sewa rumah dijadikan surau

27 Ramadhan 1431 H
Oleh: Johari Jaafar

IPOH, 5 Sept: Sudah tiga tahun penghuni di Taman Klebang Prima, Chemor merintih sedih apabila mengenangkan surau sementara yang sempit dan tidak cukup selesa dijadikan surau berjamaah.

Surau sementara iaitu Surau Al Makruf menggunakan rumah sewa yang kecil dengan kadar sewa RM200 sebulan dan disambungkan dengan kanopi dan dibalut dengan plastik, itulah keadaan surau sementara di sini.

Di sini mereka bertarawih dan mendengar tazkirah Ramadhan dengan bersesak sesak dan suasana tidak selesa ini terpaksa dihadapi jemaah di surau senentara ini sudah tiga tahun.

(Gambar kanan: Sebahagian ruang luar surau sementara.)

"Penduduk di sini dianggarkan 2,500, 90 peratus Melayu Islam, tetapi beginilah surau sementara ini, jemaah ini merasa tidak cukup selesa dengan surau yang sempit, mereka mahu sebuah sebuah bangunan

"Penduduk di sini memerlukan sebuah surau yang baru yang boleh menampung jemaaah mendirikan solat terutama di bulan ramadhan," ujar pengerusi surau sementara, Surau Al-Makruf, Mohamad Ayob Saad.

Menurut beliau lakasi tapak pembinaan surau baru telahpun dikenalpasti iaitu di lot PT 199628 di Taman Medan Klebang Pima, Chemor dengan keluasan 1364 meter persegi dan anggaran pembinaan surau itu kira kira RM300,000.

"Adun Manjoi, Datuk Nazri Ismail sendiri telah melawat tapak surau baru tersebut pada 11 November 2009 dan beliau sendiri dalam suratnya kepada Pengarah Pembangunan Negeri bertarikhn 28 Disember 2009 menyokong penuh permohonan untuk membina surau di sini," jelasnya.

Menurut timbalan pengerusi surau tersebut, Mohd Ahmad Fuad Zakaria, Ahli Parlimen Tambun yang juga Timbalan Menteri Kewangan , Datuk Husni Hanazlah, ketika merasmikan mesyuarat Umno cawangan Klebang Prima menyebut peruntukan RM250,000 untuk pembinaan surau di sini.

Apa yang menyedihkan penduduk di sini khasnya jemaah surau, kata Mohamad Ayob bila menerima surat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak yang memaklumkan permohonan bagi membina surau baru di Taman Medan Klebang Prima tidak dapat dipertimbangkan kerana peruntukan yang disediakan bagi projek tersebut pada tahun 2010 adalah terhad, tumpuan hanya diberi kepada projek projek yang mendesak sahaja.

"Sedih hati kami di sini bila peruntukan pembinaan surau baru tidak dapat dipertimbangkan sedangkan kami mendapat maklumat terdapat beberapa surau yang sedia ada di sekitar ini mendapat bantuan peruntukan tetapi kami di sini tiada ada surau, cuma surau senentara sahaja kenapa surau ini tidak diberikan peruntukan untuk membina surau baru.

"Apakah permohonan kami untuk membina surau baru tidak mendesak sedangkan surau yang sudah sedia itu itu lebih mendesak untuk diberikan bantuan, sedangkan surau inilah yang kian tersedsak kerana sudah tiga tahun berjamaah di sini menunaikan solat di surau sementara yang cukup tidak selesa," ujarnya.

Menurut Mohamad Ayob ada `tangan-tangan ghaib' yang menghalang peruntukan itu diberikan kerana permohonan pembinaan surau itu dikatakan tidak melalui Umno cawangan di sini.

Sehubungan itu, beliau berharap para dermawan dan mereka yang bersimpati dapat menghulurkan sumbangan bagi membolehkan surau baru di kawasan itu dapat dibina dan menjadi kenyataan.

Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akuan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) , nombor akuan 08013010075546 atas nama Surau Al-Makruf Medan Klebang Prima.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

em skung ni nk mntk bntuan pon nk kna mlalui UMNO... mcm mna ngra nk mju..