07 September 2010

Pesakit, kakitangan hospital terima sumbangan Aidilfitri

27 Ramadhan 1431 H
Oleh: Hashim Abdullah

TEMERLOH, 5 Sept: Seramai 450 pesakit dan 100 kakitangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah telah menerima sumbangan berbentuk kuih raya dari Dewan Muslimat PAS Kawasan Temerloh.

Sumbangan tersebut adalah sempena lawatan kerja Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh ke negeri Pahang semalam.

Aktiviti seumpama itu adalah salah satu daripada siri program tradisi muslimat PAS pada setiap kali menjelang musim perayaan terutama hari raya Adil Fitri.

Ketika ditemui, Ustazah Nuridah merakamkan penghargaan kepada pihak hospital di atas kerjasama yang diberikan dan juga kepada pesakit yang kelihatan begitu senang hati menerima kunjungannya.

"Saya begitu dgembira dengan program anjuran dewan muslimat seperti ini. Ini adalah usaha murni kita mendekati dan menyantuni rakyat yang memerlukan perhatian pimpinan," katanya .

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Temerloh, Puan Salamiah Mohd Noor berkata sambutan yang menggalakan yang diterima daripa semua pihak dalam program ini menyebabkan kita berbesar hati dan menyangungi kerjasama yang diberikan.

"Kita sampaikan sumbangan ini kepada semua pesakit tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

"Kita mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak terutama pengurusan hospital, para pesakit, pengunjung yang kesemuanya memperlihatkan suasana mesra bagaikan sebuah keluarga.

"Kita amat berbesar hati kerana masyarakat dapat menerima PAS dan aktivi yang dianjurkan mendapat sambutan," katanya.

Turut hadir menyampaikan sumbangan Yang DiPertua PAS Temerloh, Ustaz Abdul Rahim Abdul Latif, Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim dan Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: