25 September 2010

JAMUAN TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI YDP PAS KAWASAN LENGGONG

15 Syawal 1431 H
Oleh: Saidina Sobri

KAMPUNG LUAT, LENGGONG: 07 Syawal- Majlis jamuan Hari Raya diadakan setiap tahun sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh YDP PAS kawasan, Hj. Razman Hj. Zakaria, telah disambut dengan meriah oleh lebih 5000 masyarakat berbilang kaum dari segenap daerah pada tahun ini yang bermula pada jam, 01:00 Tengahari sehingga jam 06:00 petang.

Turut sama hadir meraikan majlis tersebut, terdiri dari Kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, iaitu: Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Abu Bakar Hussin, DS Hj. Nizar Jamaluddin, YB Khalil Idham Lim, YB Hj. Ramli Tusin, YB Hj. Zainuddin serta pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat juga Dewan Himpunan Penyokong Negeri Perak.

Kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, serta pimpinan PAS Kawasan Lenggong telah berpeluang memberikan Tazkirah dan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua tetamu yang hadir didalam majlis tersebut.

Majlis bermula ceria, apabila Timb. Pengarah Jabatan Amal Malaysia. Sdr. Azuan, Pengarah Jab. Amal Negeri Perak. Sdr. Ariff, serta Komander dan anggota-anggota Jab. Amal Malaysia dari seluruh Kawasan yang hadir.

Seramai 75 orang anggota Jab Amal Malaysia telah bertugas bertungkus-lumus sebagai ‘Bentara’ bagi memuliakan para tetamu yang begitu selesa berada didalam suasana meriah majlis yang berlangsung.

Dikesempatan itu juga, Jabatan Pilihanraya Kawasan turut mengambil inisiatif membuka kaunter daftar pemilih dan telah berjaya menambah bilangan pengundi baru serta mendapat pendaftaran baru sebagai Ahli PAS.

Dilapangan yang sama, majlis berjalan dalam suasana yang penuh berkebajikan apabila dilancarkan kutipan derma bertujuan untuk membina Sekolah Tahfiz & Masjid di Wilayah Islam Kemboja, sehingga telah berjaya mengumpul sumbangan daripada tetamu yang hadir sejumlah RM678 oleh Ust. Ramli, selaku Jawatankuasa pengelola dana kewangan yang datang dari Wilayah Negara tersebut.

Sebelum itu, pada jam 09:00 dihari yang sama, Jentera Penerangan PAS Kawasan Lenggong dibantu oleh anggota–anggota Jab. Amal Malaysia telah mengadakan program mengedarkan risalah penerangan kepada orangramai yang berkunjung ke PASAR SABTU (Pekan sehari) ditengah Pekan Lenggong.

Program itu juga turut mendapat perhatian istimewa daripada masyarakat umum, termasuk kaum Cina & India apabila Pemimpin DAP, YB Ngeh Ko Ham, YB Nga Ko Meng, YB V. Sivakumar serta pimpinan lain parti itu turut sama singgah,

meluangkan masa berjumpa masyarakat setempat untuk mengedarkan risalah tersebut, sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Gerik, setelah risalah penerangan habis diedarkan kepada orangramai.

Bagi pihak Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Kawasan Lenggong, Kami merakamkan jutaan terima kasih dengan lafaz: Jazakumullahu Khairan kathira Jaza’, kepada semua yang terlibat mengedarkan risalah-risalah Penerangan pada hari tersebut terutamanya, usaha dan komitmen diberikan oleh Anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia di semua peringkat bagi menjayakan program tersebut:-

“Tabir Petang, Senja Nan Berlabuh.
Berkat Malam, Bersemi Bulan.

Takdirnya Datang, Jiwa Yang Tersentuh.
Selawat dan Salam Jua, Kami Serukan.”

“SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI MINAL A’IDIL WAL FA IDZIN”

‘Mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan kebenaran & kemenangan kepada pejuang, umat Islam dan seluruh umat manusia.’ – “ALLAHU AKBAR…….!!!”

Tiada ulasan: