25 September 2010

PAS MEMBELA ORANG-ORANG MELAYU, UMNO-BN JADI PENGHALANG.

15 Syawal 1431 H
Oleh: Saidina Sobri

Ibn Taimiyyah menegaskan: "Memimpin dan menguasai ummat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik,

melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman; semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan." - (As-Siasah As-Syariah: 172-175).

PENGERUSI FELCRA BHD- Datuk Tajuddin Abdul Rahman selaku Ahli Parlimen (BN) Pasir Salak mengatakan, ada pihak tertentu yang telah melancarkan “perang saraf” memburukkan agensi Felcra melalui halaman akhbar sinar harian bertarikh, 06 September 2010.

Beliau mendakwa, segala aduan dan pendedahan oleh para peserta Felcra dari seluruh Negara semasa “Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan 2010” yang berlangsung pada 31 Jun dan 01 Julai 2010, di Felcra Seberang Perak, P.Salak adalah fitnah,

Katanya, niat tersebut bertujuan untuk menghasut peserta Felcra membenci pengurusan Felcra dan kerajaan yang telah “terbukti kejayaannya membantu peserta”. Katanya lagi,

“ancaman politik ini akan menjejaskan aktiviti ekonomi.”
Turut sama mengatakan yang demikian ialah, Datuk Saarani Mohamed ADUN (BN) Kota Tampan, selaku Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan Kerajaan Negeri Perak.

Ujar beliau, ‘pembangkang’ menabur fitnah, dan membuat pembohongan besar terhadap kawasan peserta Felcra, seterusnya menggesa pemimpin-pemimpin turun padang bagi menjelaskan “gambaran sebenar” kepada kelompok masyarakat kawasan Felcra di seluruh negara.

Seterusnya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah Ahli Parlimen (BN) Lenggong, dan DS Zambry Abd Kadir ADUN (BN) Pangkor, selaku ‘Menteri Besar Perak yang telah disahkan oleh mahkamah Persekutuan’ tampil didada akhbar yang sama untuk menambah dan mengesahkan apa yang dinyatakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO-BN tersebut.

Namun tidak ada sebarang kenyataan dari Pemimpin UMNO-BN yang mengarahkan supaya siasatan segera dan menyeluruh diambil terhadap aduan tersebut adalah amat mengecewakan.

Sebaliknya, kenyataan dikeluarkan oleh mereka adalah jelas menampakkan kuasa politik UMNO-BN hanyalah menjadi juara mempertahankan Felcra Bhd dan Felda serta melindungi pemimpin UMNO-BN yang korup dan berkepentingan sahaja, bukannya Juara Rakyat sebenar yang dipamerkan.

Sepatutnya merekalah yang bertanggungjawab melindungi serta mempertahankan hak-hak peserta dan peneroka yang terdiri dari orang-orang Melayu dari terus ditindas akibat penyelewengan dan penipuan oleh agensi kerajaan tersebut.

Mereka mendakwa, pendedahan oleh ‘Pembangkang’ mengenai penyelewengan yang berlaku didalam Felcra Bhd dan Felda kepada SPRM untuk siasatan akan merugikan Felcra Bhd dan Felda untuk terus meningkatkan pendapatan ekonomi peserta dan peneroka.

Hakikat sebenarnya, penyelewengan yang berlaku didalam Felcra Bhd dan Felda telah menyebabkan kerugian yang amat besar kepada peningkatan pendapatan ekonomi negara, peserta Felcra dan peneroka Felda di seluruh negara, khususnya orang melayu.

Sehingga kini, sebanyak 22 laporan penyelewengan didalam Felcra Bhd telah dibuat oleh peserta dan peneroka untuk siasatan pihak SPRM, namun tidak berani disuarakan langsung oleh pemimpin-pemimpin UMNO-BN supaya siasatan menyeluruh (menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja) dilakukan oleh pihak yang berwajib terhadap agensi tersebut.

(Bukannya ‘gambaran’ dipentas penerangan di seluruh negara seperti ditaja oleh Datuk Saarani Mohamed.)

Harus diingat bahawa, peserta Felcra dan peneroka Felda adalah terdiri dari ‘orang-orang melayu’ pelbagai latarbelakang politik, bukan semuanya ‘Pembangkang’ seperti anggapan sempit pemimpin UMNO-BN terse but.

Peserta Felcra dan peneroka Felda hanyalah menuntut hak mereka supaya kerajaan berlaku amanah mengurus dan meningkatkan pendapatan ekonomi rakyat jelata dan juga negara.

Mereka semua telah bijak menilai ‘Persembahan Politik’ tajaan UMNO-BN, ‘Rakyat Didahulukan’ hanyalah slogan, sementara ‘Juara Rakyat’ pula hanya penipuan ahli politik yang mengampu.

Sekali lagi dingatkan bahawa, ini semua adalah tuntutan anak-anak peserta Felcra dan peneroka generasi kedua & ketiga yang telah muak dengan ‘ancaman politik UMNO-BN ‘terhadap tindakan mengaburi mata dengan memperbodohkan kelompok masyarakat Felcra & Felda.

Tiada ulasan: