25 September 2010

Tun Mahathir tepati teori "Melayu mudah lupa"

16 Syawal 1431H.

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menepati teori sendiri iaitu "Melayu mudah lupa" apabila menyatakan Melayu hilang kuasa di bawah Pakatan Rakyat.

Sambil menyelar tindakan Mahathir yang cuba meniupkan api perkauman itu, Setiausaha DPPP Khairul Faizi Ahmad Kamil turut mempersoal akan kebenaran kenyataan tersebut.

"Jika diteliti kembali akan kenyataan beliau seolah-olah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh mereka yang ‘tidak cerdik’ dan bukannya datang daripada seorang yang dianggap tokoh negarawan.

"Fakta-fakta yang diberikan menunjukkan beliau sememangnya mengesahkan teori beliau sendiri iaitu Melayu Mudah Lupa," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Utusan hari ini menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat yang digelarnya parti pembangkang mendapat kuasa.

Mahathir juga mengambil contoh negeri Perak ketika dibawah Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa, walaupun menteri besarnya iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Melayu dari PAS, tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP.

Pemuda PAS bagaimanapun mengajak Mahathir melaihat secara waras negeri Kelantan yang diperintah PAS yang kini sudah lebih 20 tahun.

"Berapa inci tanah orang Melayu yang PAS telah khianati? Sedangkan kalau dilihat ekonomi Melayu di Kelantan lebih hebat jika dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh Umno BN.

"Terbaru, sebanyak 118 projek di Kelantan telah dibekukan sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991...

"Bukankah Kelantan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat orang Melayu? Mengapa dihalang pembangunan negeri yang majoritinya orang Melayu jika Umno benar-benar memperjuangkan Melayu?" soal Khairul Faizi lagi.

Beliau juga memberi contoh sewaktu Terengganu diperintah PAS pada tahun 1999.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar negeri itu jelasnya telah memberi tanah kepada orang Melayu namun dirampas kembali setelah Umno berjaya menawan semula Terengganu pada tahun 2004.

"Apakah ini tidak khianat namanya?" beliau melemparkan soalan seterusnya.

Di Perak pula ketika 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah, 3,000 ekar tanah diberikan kepada orang cina manakala orang melayu mendapat 7,000 ekar.

"Jika Umno menuduh PAS boneka DAP, mengapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Hj.Abd.Latif (Pondok Pak Teh Kroh, Grik Perak) yang dipohon sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada tahun 2008 (setelah 12 tahun) sebanyak 45 ekar.

"Jika Datuk Seri Nizar adalah merupakan boneka DAP, pastinya permohonan beliau ditolak," jelasnya lagi.

Beliau turut mengemukakan beberapa kes yang didakwa pengkhianatan Umno kepada Melayu berhubung isu tanah antaranya:

- 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

- 5,000 ekar di Bruas yang mana 1,500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR)

- 200 ekar Tanah Rizab Melayu (TRM) digadai kepada Perak Hanjoong (sekarang YTL) di Padang Rengas, Kuala Kangsar (dekat sebelah Lebuhraya PLUS)

- Pada tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang, Langkawi yang tinggal di atas TRM dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort

- Sebanyak 930 hektar TRM di Kampung Mambau, N. Sembilan telah diambil untuk Projek Seremban 2 pada 1990.

- Juga pada tahun yang sama, 600 orang yang tinggal di situ, 26,000 hektar TRM di Tanjung Langsat – Tanjung Piai, Johor diambil oleh Kuok Brother Collabratioan UEM

"Hakikatnya Umno menjadi punca tanah rezab melayu banyak tergadai terutamanya dizaman Tun Mahathir sewaktu menjadi PM dahulu. Ini baru isu tanah. Belum lagi bab saham bumiputera yang tinggal 2 bilion daripada 52 bilion, isu rasuah dan salah laku pemimpin," katanya.

Sehubungan itu, pemuda PAS turut mencabar Mahathir untuk berdebat secara terbuka siapa sebenarnya pengkhianat Melayu.

Harakahdaily/-

3 ulasan:

Huda Alhadi berkata...

M=Bukan Melayu Tetapi M adalah Mahathir yang lupa. Beliau lupa pernah berkuasa sebagai Perdana Menteri Negara Malaysia selama 23, satu tempoh yang amat lama bagi sesaorang perdana menteri. Kalau beliau menganggap bangsa melayu dalam keadaan lemah maka cerminya tindak tanduk beliaulah selama 23 tahun yang memberi kesan itu.

Nasihat saya eloklah beliau diam dan biarkan mana-mana pimpinan yang memimpin bukan dikalangan UMNO atau BN dan perbetulkan keadaan mengikut wadah keimanan dan syara' semoga bangsa melayu yang taksub diagungkan itu kembali bermaruah.

anti united malay nut orgi berkata...

Melayu yg bodoh dan taksub sahaja begitu takjub dgn Umno semasa mahathir jadi PM kalau dia kata gajah boleh masuk dlm botol pun org melayu yg taksub dgn beliau ni akan percaya.itulah manusia yg tidak mengikut akal logik juga hukum islam apa yg di katakan pemimpin itulah yg sebenar2nya.
Mahathir pasti kamu x lupa dgn peristiwa memali.kamulah yg mengarahkan polis menembak org2 kg termasuk ulamak Ibrahim Libya ramai org yg x bersalah di tahan di bawah ISA,pengkhianatan kamu amat besar tanah risab melayu di jual dan di gadai sewenang2nya.kamu jugalah yg menghabiskan wang negara kemudian menyalahkan speculator Geoge Soros sedangkan kamulah yg yg bersetongkol dgn yahudi itu utk menjatuhkan ekonomi negara,ketika itu berduyun pemimpin umno secara sembunyi menyeludup wang negara keluar negara termasuk israel melalui pengurup wang dan kamu juga berserta anak bini juga cucu2 kamu adalah penyimpan tetap (Fix Deposit)di dalam bank of israel bernilai Ratusan Juta Ringgit.inilah wajah negarawan sebenar negara ini,semua menteri2 umno dan BN memiliki account di bank of israel jgn dok jaja cerita,hanya manusia buta lagi di butakan juga yg bodoh lagi di perbodohkan oleh pemimpin umno yg memang mengikut iblis dan dajal yg tegar.igt kamu mahathir kamu dalah salah seorg yg akan meringkuk didalam penjara hingga akhir hayat kamu kerana dosa2 kamu itu,pakatan rakyat akan ke putrajaya di situ kamu kan tau betapa tingginya langit di atas kepala kamu.takbir

Awanama berkata...

melayu sudah lupa