15 Syawal 1431 H
Oleh: Roslan Alan
Oleh: Roslan Alan
Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara yang diasaskan pada 30hb. Julai, 1968.
Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28hb. Disember, 1971, Genting Highlands Hotel Sdn. Bhd. telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 ianya dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad.
Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini.
Di bawah bendera Genting, terdapat dua syarikat utama dan ianya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad. Penglibatan UMNO dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung sekian lama dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini.
UMNO melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan.
Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah yang mana syarikat berkenaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino.
Yayasan Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah.
Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.
Antaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.
Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.
Ini memperlihatkan penglibatan UMNO dalam aktiviti perjudian sudah bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan muda dalam UMNO.
2 ulasan:
'hebat' mereka nie ye..
Patut la dia dpt cucu yg teruk pasal dia mmg teruk.saya x pasti dia masih hidup atau tidak(Si Noah )klu dia dh mati dn kembali pada maha penakluk maka sudah pasti dia bersedih dgn saham yg dia miliki di genting di bawa kealam barzah dan siksaan yg di terimanya amatla dashyat,tiada lagi kerajaan Melayu giler yg mmg gila yg mampu menahan malaikat mukar dan nakir menjalankan tugasnya,igt kepada sesiapa yg menentang hukum allah siksaan yg pedih menati kamu semua x kira siapakah kamu.di akhirat hanya ada kerajaan allah yg benar.maka tggulah kamu saat ajal menjemput kamu.segala ke zaliman kamu akan di hitung satu persatu dan segala kebaikan kamu juga begitu,apakah kebaIKAN KAMU MELEBIHI dari kejahatan kamu.Tgguuuu
Catat Ulasan