25 September 2010

Dengki.

15 Syawal 1431H.

“Jauhilah dengki karena sesungguhnya dengki itu membakar kebaikan seperti halnya api memakan kayu bakar” (HR. Abu Dawud).

Ibarat kendaraan yang sudah sering digunakan, perlu sekali-sekali diberhentikan untuk dipewriksa keadaannya. Perlu dibetulkan kembali komponen yang sudah lari dari tempatnya. Perlu juga ditambah minyak pelincirnya agar bagian-bagian dalam enjin lancar bergerak. Demikian juga dengan tubuh kita, yang perlu diberhentikan sejenak untuk diperiksa di berbagai bahagian. Siapa tahu pada bahagian terpenting, iaitu hati, sudah dipenuhi dengan rasa dengki. Iaitu, tidak senang terhadap kenikmatan yang dirasakan orang lain, dan menginginkan agar kenikmatan itu lenyap dan beralih kepada kita.

Sebagaimana diperingatkan oleh Rasulullah, rasa dengki bukan hanya bersembunyi dengan tenang di dalam hati. Namun, ia merupakan penyakit hati yang terus bekerja memusnahkan pahala demi pahala yang telah dikumpulkan manusia sekian lama. Sungguh sangat dikesalkan bagi siapa saja yang membiarkan ruang di hatinya dijadikan sebagai tempat menginap rasa dengki. Amalannya boleh menjadi berkurang hingga kosong dan bahkan negatif. Padahal mengumpulkan pahala bagi kita orang kebanyakan itu tidak semudah yang diharapkan, kerana kadang-kadang amal dan perbuatan kita kerap kali bercampur dengan ketidak-ikhlasan dan sifat riya’ (menampak-nampakkan).

Sungguh, kalau suatu penyakit dibiarkan lama di dalam tubuh, ada kemungkinan muncul penyakit-penyakit berbahaya lainnya. Bukan hanya rasa dendam, tetapi juga hasrat untuk membunuh orang lain. Kerana itu, penyakit dengki perlu segera diubati, antara lain, dengan mengingat bahawa dunia ini hanya sementara saja sehingga tidak perlu bernafsu dalam mencari harta dunia. Juga perlu menetapkan di hati bahawa Allah Maha Adil, yang akan memberikan kenikmatan kepada siapa saja yang bersungguh-sungguh memintanya.

Tiada ulasan: