09 Mac 2012

Netanyahu tidak seuntung Najib

16 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikira pemimpin dunia yang cukup kejam. Dia boleh buat apa saja kezaliman terhadap Arab dan Islam Arab, dia, regimnya dan wilayah yang dirampasnya tidak akan dikenakan apa-apa hukuman dan tindakan.

Melalui perisainya, Amerika Syariat, PBB akan melindunginya.

Begitulah kebalnya setiap kekejanam pemimpin Israel.

Tetapi di dalam negeri mereka tidak ada taring. Ramai presiden dan perdana menterinya didakwa di mahkamah dan ada yang dihukum. Amat malang mereka dibandingkan dengan mana-mana Perdana Menteri Malaysia.

Kesian saya pada Benjamin Netanyahu yang sekali lagi menjadi Perdana Menteri sedang dalam siasatan pihak berwajib regimnya kerana dia dan isterinya dikatakan menerima layanan istimewa yang lumayan dalam satu acara rehat.

Difahamkan bukan kejadian itu merupakah kejadian menjolok mata yang biasa baginya dan isterinya. Tiada laporan tentang dia bermewah ke sana sini. Tidak ada cerita isterinya membelanjakan semahu-mahunya kekayaan negara seperti isteri Ben Ali, bekas Presiden Tunisia yang digulingkan dan pula bermewah-mewah seperti Imelda Marcos semasa menjadi Wanita Perdana Filipina beberapa dasawarsa dulu.

Tidak ada cerita semasa Netanyahu menjadi Perdana Menteri, isterinya membuat iklan mahal di Amerika tentang kehadiran dan kegiatannya di negara yang menjadi pelindung Israel itu. Atau tidak cerita pasangan suami isteri itu menginap di hotel beribu USA semalam Paris atau Geneva.

Tidak ada kastam Israel menemui cincin bepuluh juta untuk isterinya dibawa dari luar negeri.

Mungkin dapat diterima bahawa cara berbelanja keluarga Netanyahu tidak seberapa dibandingkan dengan kemudahan yang dinikmati oleh Perdana Menteri Najib dan Wanita Pertamanya.

Tentang Najib berbelanja? Yahoo! Alangkah mewahnya. Manakala isterinya, tiada lagi wanita di Asia yang diceritakan dapat menyamainya. Mungkin ada tetapi tiada dipublisitikan. Maka orang pun tidak tahu. Maka berbelanja boros yang luar biasa itu satu pertandingan di alam ini, maka juranya rasanya tidak lain melainkan isteri Perdana Menteri Najib yang satu itu.

Tidak keterlaluan dan tidak salah membuat andaian itu.

Apa pun Najib tidaklah nampak garang sangat. Mukanya tidak nampak cengis. Malah banyak senyum dari wajah menggerunkan. Dibandingkan wajah Netanyahu, nampak cengisnya pemimpin Yahudi itu. Bahkan semua wajah pemimpin Yahudi dulu dan sekarang menakutkan, apa lagi bagi umat Palestin.

Segerun mana pun muka pemimpin Yahudi itu tidak sedikit pun menakutkan rakyat Israil untuk menyoal dan menyiasatnya apabila ada sedikit perbuatannya yang boleh dikira menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

Kita tidak tahu sebesar mana belanja yang dikeluarkan oleh penaja acara rehat pasangan Netanyahu yang menyebabkan mereka disiasat oleh kerajaan? Rehat mereka yang lumayan itu rasanya tidak menggunakan dana kerajaan. Regim tidak berbelanja apa-apa. Ia ditaja oleh pihak lain.

Tetapi pentadbiran haram itu menjaga ketelusan penjawat awamnya. Walaupun pemimpin tidak menggunakan harta negara untuk berehat atau apa-apa jua, tetapi apa sebab orang boleh berbelanja mewah untuk pemimpin berehat? Apa motif orang lain mengeluarkan belanja untuknya?

Orang tidak berbelanja besar jika tiada apa faedah yang boleh didapatinya. Begitulah sensitifnya regim haram dan pemimpin kejam itu terhadap harta dan keselamatannya dan orang-orangnya.

Pemimpin tidak boleh sebarang menggunakan kemudahan negara dan kedudukan untuk kepentingan diri. Setiap sen kerajaan yang digunakan adalah sen rakyat dan rakyat mahu sennya digunakan pada tempat dan perkara yang betul.

Ada pemimpin regim yang tidak bertanggungjawab menyelewengkan harta kerajaan, maka mereka disiasat dan didakwa. Ada presidennya dipenjara dan ada Perdana Menteri yang dilucutkan.

Tidak ada bebas dan keistewaan menjadi pemimin Israel. Bila-bila saja mereka menghadapi risiko didakwa. Amat malang nasib Netanyahu dibandingkan dengan perdana menteri Malaysia khususnya Najib. Apa pun Najib dan isterinya buat, tiada siapa peduli. Gunalah apa saja dan untuk apa saja. Mereka tidak dilihat garang tetapi nasibnya jauh lebih baik dari nasib Netanyahu.

Harakah Daily

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan salahkan mana-mana pihak. Salahkan kita sendiri kerana tidak berani dan terus memberi mandat kepada Najib terus menerajui negara.

AHLI PAS S HIDUP berkata...

ASSALAMUALAKOM USTAD IDHAM LIM....SAYA BEGITU MUSYKIL APABILA ADA CADANGAN YANG MAHU DILETAKAN CALUN BUKAN ISLAM DIKAWASAN MELAYU ISLAM ATAS TIKET PAS DENGAN DASAR DHHP..INI SUNGGUH MERBAHAYA DAN MEMBUATKAN PENYOKONG PAS TIDAK SENANG HATI CADANGAN INI...
2. INI JUGA SUNGGUH MEMBAHAYAKAN PAS..APAKATA SENDAINYA CALON INI MENANG CONTOH: SEKIRANYA CALON INI MENANG DAN PAKATAN MENANG DAN MENGUASAI NEGERI SELAGOR DGN MAJORITI KECIL DUN....SUDAH TENTU BN@UMNO AKAN MENCARI CALON DHHP PAS YG MENANG INI DIBELI DGN HARGA YG MAHAL BAGI MENGUASAI NEGERI...PERLU DIINGAT CALON2 PR YG MENANG DAN BERUGAMA ISLAM PUN BOLIH MEREKA BELI SPRTI BERLAKU PADA 2 EKOR KATAK KAT PERAK DULU...INI KAN BAGI BUKAN ISLAM PULA...RM PUNYA PASAL MEREKA SANGGUP.....DAN BAGI PENGOKONG DAN PENGUNI PAS TERSEBUT AMAT KECEWA DAN SUDAH TENTU MEREKA XKAN PERCYA PADA PAS LAGI...DANGEROUS
3. jADI SAYA MINTA USTAD IDHAM LIM TOLONG CADANGAN INI JANGAN JADI KENYATAAN....BAHAYA BAHAYA BAHAYA..... SAYA SENDIRI X SEDAP HATI BILA CADANGAN HENDK DILKUKAN,,