16 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
Prihatin dengan masalah banjir yang melanda kawasan Hulu Langat, Ampang dan kawasan sekitar, Kerajaan Negeri Selangor akan membuat perbincangan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga bagi mencari langkah mengurangkan jumlah air di empangan berhampiran jika hujan lebat berterusan supaya tidak melimpah dikawasan sekitar lain.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Selangor juga akan melantik seorang pegawai dari Syabas dan Puncak Niaga untuk dimasukkan ke dalam Jawatankuasa Kecemasan supaya bertanggungjawab sekiranya berlaku masalah banjir akan datang.
” Hujan yang lebat menyebabkan sungai melimpah, bukan hanya di sungai tetapi diempangan juga penuh dengan air, jadi cara mereka mengalihkan air itu kita mahu adakan perbincangan supaya kita dapat tahu dan kita juga dapat memberi amaran kepada penduduk jika berlaku lagi.
“Jadi salah satu daripada usaha yang kita akan lakukan, ialah memahami bagaimana kita boleh dapat kurangkan jumlah air dari empangan itu sebagai salah satu dipanggil water retantion, satu yang kita buat,Kita memasukkan seorang ahli daripada Puncak Niaga dan Syabas ke dalam Jawatankuasa Kecemasan,
jadi dengan itu mereka juga akan bertanggungjawab tentang perkara-perkara seperti itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat petang tadi.
Tambah Khalid lagi, Kerajaan Negeri juga sudah menyediakan keperluan asas dan harian seperti makanan, tikar dan bantal bagi mengurangkan beban mangsa banjir.
“Jawatankuasa itu sudah ada, sebab belanjawan pun sudah kita tetapkan jadi jawapannya ialah ini, walaupun biasa tetapi kita tidak mahu kejadian ini berlaku, jadi maknanya kerajaan negeri sudah menyediakan makanan, tikar, bantal yang boleh mengurangkan atau meringankan beban yang mereka hadapi,” katanya.
Seramai lebih 700 mangsa banjir dipindahkan di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat awal pagi tadi selepas hujan lebat yang berlarutan selama empat jam.
selangorku/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan