16 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 9 Mac: PAS menuntut penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung status terkini kakitangan Kumpulan Premier setelah Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) diumum mansuh semalam.
Ini kerana, kumpulan tersebut difahamkan telah diwajibkan bersara pada 31 Disember tahun lalu dan diserap sebagai kakitangan berstatus kontrak di bawah SBPA sejak Januari lalu.
"Sekarang SBPA dah diumum mansuh, jadi saya nak tanya apa status mereka (kumpulan premier) sekarang ini.
"Mereka sudah tandatangan surat pertukaran kepada jawatan kontrak, dan sudah dibayar gaji lebih tinggi mengikut SBPA malah ada yang sudah dapat ganjaran pesara sehingga mencecah RM500,000. Adakah mereka kena bayar balik atau bagaimana," soal Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini bahawa Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan dan Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan.
Selain itu Najib turut mengumumkan pelarasan gaji SSM dengan kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
Untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A pula menerima kenaikan 9 peratus.
Turus 3 dan 2 menerima kenaikan sebanyak 8 peratus manakala turus 1 pula 7 peratus.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, beliau khuatir tindakan pembatalan SBPA yang diumum Najib semalam mempunyai kesan perundangan terhadap kumpulan premier ini yang boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan.
Turut dipersoalkan, sekiranya kumpulan ini ditukar semula kepada status asal sebelum ini, adakah gaji mereka akan dibayar sama seperti sekarang atau lebih rendah seperti asalnya.
Jumlah sudah dibelanja
Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena turut memohon penjelasan Najib berhubung jumlah wang yang telah dihabiskan untuk tujuan perlaksanaan SBPA sejak ianya dicadangkan tahun lalu.
Menurut Mahfuz, rakyat harus tahu berpa jumlah yang telah dibazirkan kerajaan untuk satu skim yang tidak dibincang dengan teliti dan akhirnya diumum mansuh itu.
"Berapa jumlah duit yang sudah dihabiskan untuk tujuan ini? Saya hairan kenapa perdana menteri boleh bersetuju dengan cadangan JPA ini.
"Pada saya perdana menteri sudah hilang kelayakan. Selepas PRU saya rasa banyak lagi benda celaru macam ni akan diperkenalkan," katanya.
Harakah Daily

2 ulasan:
JPA tiada gah lagi. Kredibilitinya telah tercabar tak kiralah sebab gelojohnya Najib suami Rosmah (NSR) yang arah. Bukankah KSN, Pengarah JPA dan KSU Perbendaharaan sepatutnya orang yang bijak dari NSR dalam mentadbir polisi kerajaan..! Mereka adalah sebenar penasihat pentadbiran kerajaan tetapi lainlah sekiranya mereka tidak dapat mencapai pentadbiran Negara yang dikatakan dinasihat olih UPCO.
Semua yang terlibat NSR, KSN, Pengarah JPA dan KSU Perbendaharaan kena letak jawatan....!
Inilah cara pengurusan UMNO/BN yang caca murba. Satu lagi kes PKFZ, iaitu bekas Menteri Pengangkutan Lee Leong Sik didakwa menipu kabinet. Lucu tak nampak pendakwaan ini, namun itulah kecelaruan dan huru hara yang berlaku dalam pentadbiran di negaraku yang bernama Malaysia.
Catat Ulasan