16 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
ISLAMABAD: Pakistan mengiklankan kepada mana-mana syarikat untuk memasang sistem penapisan Internet bagi menyekat sehingga 50 juta laman web, dan tindakan itu membimbangkan golongan aktivis yang bebas bersuara terhadap tapisan pada masa ini daripada penyebarannya berleluasa.
Penggunaan Internet yang diakses oleh seramai 20 juta pengguna di Pakistan kurang terkawal berbanding dengan kebanyakan negara di Asia dan Arab, meskipun terdapat sekatan ke atas laman web pornografi dan mempunyai unsur penghinaan ke atas Islam.
Lain-lain yang berkaitan dengan aktiviti kumpulan pemisah atau kritikan terhadap tentera juga telah dan terus disekat.
Beberapa negara begitu terbuka terhadap rancangan mereka untuk mengenakan sekatan terhadap laman web sebagaimana yang dilakukan oleh Pakistan.
Kerajaan Pakistan pada bulan lepas telah menyiarkan iklan di akhbar dan laman web bagi meminta syarikat-syarikat atau institusi untuk membangunkan sistem sekatan dan penapisan Internet di negara itu.
“Mereka (kerajaan) telah pun menyekat banyak kandungan Internet dan sekarang mereka mahu menggunakan sistem secara besar-besaran yang hanya boleh mengehadkan dan mengawal wacana politik,” kata Pengarah Bytes for All Pakistan, Shahzad Ahmad yang mengadakan kempen kebebasan Internet.
“Kerajaan tidak ada kena-mengena dengan apa yang saya pilih untuk dilayari.”
Kerajaan Pakistan tidak menyenaraikan laman web yang telah disekat mahu pun menyatakan bilangannya atau senarai anggota yang menyertai jawatankuasa bagi menentukan mana-mana laman web untuk disekat.
Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan (PTA) telah mengarahkan 50 penyedia perkhidmatan Internet di negara itu untuk menyekat laman web tertentu.
Kesemua penyedia perkhidmatan Internet itu yang mendapat lesen daripada PTA harus mengikut arahan berkenaan. - AP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan