16 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
TEDONG - Penduduk di Jalan Masjid di sini, mendakwa berlaku kejadian curi air di kawasan kediaman mereka yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Mawar berkata, masalah itu hanya diketahui selepas salah seorang jirannya mengadu mengenai bil air mereka lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Menurutnya, pada mulanya, dia kurang yakin dengan aduan itu, namun akhirnya percaya setelah berjaya merakamkan aksi individu yang mencuri air melalui video miliknya.
“Individu terbabit dipercayai mencuri air dengan menyambung saluran air pada paip getah lain untuk membersihkan kandang lembu yang dibina berdekatan kawasan berkenaan. Saya sempat merakam aksi individu terbabit ketika mencuri air dan selalunya dilakukan selepas jam 6 petang,” katanya.
Mawar berkata, selain itu, mereka juga berhadapan dengan masalah ternakan yang lepaskan tanpa pengawasan.
“Lembu individu terbabit pernah menceroboh ke tanah bersebelahan sehingga memusnahkan tanaman dan menyebabkan kerugian beribu ringgit. Sebelum ini, ada pokok langsat, tebu, nenas dan lain-lain lagi ditanam, namun sudah mati kerana dimakan serta dipijak ternakan terbabit,” katanya.
Katanya, dia sudah memanjangkan masalah itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk diambil tindakan.
“Pihak berkenaan ada turun padang, namun jawapan yang diterima kurang memuaskan,” katanya.
SINAR HARIAN/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan