16 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
SERDANG – Seorang konstabel polis cedera tangan kanan akibat terkena libasan parang ketika memberkas ketua kumpulan penjenayah, dikenali Geng LC, dalam kejadian di parkir sebuah pasar raya di Puchong, Sabtu lalu.
Dalam kejadian pada jam 5.30 petang itu, Ahmad Azraeen Junaidi, 25, terlihat seorang lelaki terjatuh daripada motosikal Yamaha 135 LC selepas cuba meragut beg tangan wanita, berusia 33 tahun.
Ahmad Azraeen berkata, lelaki itu kemudiannya mengacukan parang ke arah mangsa serta orang awam.
“Saya bersama seorang lagi anggota cuba memberkas suspek yang bertindak agresif. Ketika itu berlaku pergelutan.
“Ketika saya cuba menangkap dan menggarinya, suspek sempat melibas parang sehingga mengenai tapak tangan kanan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, selepas suspek berusia 27 tahun itu diberkas, anggota polis itu dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias berkata, susulan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Batu 13, Puchong dan memberkas seorang lelaki dan merampas beberapa barangan disyaki barang curi dan senjata berbahaya.
Abdul Razak berkata, polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah di Kampung Kenanga dan menahan empat lagi lelaki.
“Kita merampas empat motosikal Yamaha 135 LC dan Honda Wave yang dilaporkan dicuri, antaranya di USJ 8, Bukit Puchong dan Senawang, Negeri Sembilan.
“Semua suspek, berusia antara 26 dan 53 tahun, adalah ahli kumpulan Geng LC yang aktif sejak enam bulan lalu. Mereka melakukan kegiatan samun dan curi motosikal jenis Yamaha 135 LC,” katanya.
Katanya, semakan mendapati dua daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau bersabit dadah dan curi.
Beliau berkata, dengan penahanan semua suspek, polis percaya dapat menyelesaikan lapan kes ragut dan 13 kes curi motosikal di daerah ini.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan