14 Oktober 2010

Campur tangan PDRM: KDN tak cadang siasat

05 Zulkaedah 1431 H

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bercadang untuk membuat siasatan ke atas dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam urusan polis.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kementerian juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan ke atas dakwaan berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu hasil siasatan dakwaan bekas Ketua Polis Negara itu, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 6 September lalu, Musa melahirkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.Kementerian berkenaan kemudiannya menafikan dakwaan berkenaan.

Malaysiakini/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang yang arif tentang susurgalur politik dahpun agak tiada tindakan yang akan diambil terhadap mana-mana pihak samaada yang mendakwa (Musa) atau yang didakwa(pihak yangm encampuri urusan profesional).

Sudah tentu kalau diambil tindakan kepada pihak manapun tembelangnya hanya satu yakni ahli politik dari BN juga. Lihat apa telah jadi video linggam.. apa tindakan telah diambil?.

Pi mai buat habih bogheh ajo....

Tanpa Nama berkata...

Yang kaya raya & hidup mewah kroni2 BN.
Rakyat di paksa menanggung kenaikan harga.
Aku memang bosan dgn sistem kehakiman negara ini. Byk sgt makan duit haram, lupa dosa pahala, syurga neraka, perintah Allah vs perintah BN...