28 Syawal 1431 H
Oleh: YB. Drs. Khalil Idham Lim
KUALA LUMPUR 6 Okt. – Tarikh pengundian yang jatuh pada hari bekerja bakal menyukarkan para pengundi luar untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka, kata Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.
Justeru katanya, beliau amat berharap agar majikan para pengundi di Galas dapat berkompromi bagi memberi pelepasan untuk mereka menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat di kawasan itu.
“Tentunya akan timbul masalah bukan saja untuk pengundi yang berada di luar Kelantan malah pengundi yang berada luar dari Gua Musang untuk ke kawasan itu bagi membuang undi.
“Saya mengharapkan kerjasama majikan memberi cuti kepada pengundi di Galas. Dari aspek petugas parti, kita tidak mempunyai masalah kerana mereka sentiasa bersedia bekerja bagi menjamin kemenangan parti,” katanya.
Beliau diminta mengulas pengumuman dibuat Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 26 Oktober (Selasa) depan manakala hari pengundian pada 4 November (Khamis).
Ditanya mengenai calon yang bakal menjadi taruhan parti itu di Galas, Nasharuddin berkata Pas Pusat dijangka menerima nama calon yang akan dicadangkan Pas Kelantan dalam masa terdekat.
“Dalam mesyuarat pusat 3 Oktober lalu kita sudah tetapkan untuk mengumumkan nama calon tidak lama selepas tarikh pilihan raya ditetapkan.
“Mungkin nama itu akan sampai ke Pas Pusat dalam tempoh satu atau dua hari lagi. Apa pun, jentera Pas sudah mula bergerak dan kami yakin untuk mengekalkan kerusi itu,” ujarnya.

1 ulasan:
Pandangan umum menyatakan bekas Pengerusi SPR (Rashid) cukup teruk sepanjang menjadi pengerusi SPR, kerana beliau lebih berpihak kepada umno/bn, ramai pengundi buat kenduri pisang apabila beliu berhenti.
Rupa-rupanya penggantinya lagi teruk ruk ruk ruk, saya ingin sarankan kalau Wan Ahmad tidak sanggup berlaku adil dan hanya menjadi barua kepada umno, jangan lah berkhidmat lagi, bersara je lah, itu yang lebih baik untuk mengakhiri sisa hidup yang ada sedikit saja lagi.
Catat Ulasan