16 Oktober 2010

Umno-BN Makin Tenat, Pakatan Rakyat Bakal Terajui Negara

07 Zulkaedah 1431 H
Oleh: Mohd Rashidi Hasan

PERDANA Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, jelas tidak dapat menyembunyikan betapa beliau amat gusar memikirkan masa depan Umno-Barisan Nasional yang terus kelam, akibat kegagalannya mendapat sokongan rakyat.

Ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 di Wisma MCA, minggu lepas Najib berkata, usaha kerajaan mengemukakan Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

“Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Ada pandangan mengatakan bahawa, apa yang Najib sebutkan itu merupakan suatu signal, kemungkinan beliau memanggil pilihan raya umum lebih awal daripada tempoh berakhir penggal Parlimen sesi ini, pada 2012.

Ada yang kata, kemungkinan PRU ke-13 disekalikan dengan pilihan raya negeri Sarawak, kerana Najib bimbang kesan buruk bakal menimpa BN, jika kuasa BN di Sarawak tergugat.

Apa pun andaian, kuasa menentukan tarikh pilihan raya ada pada PM. Hanya Najib yang tahu bila beliau patut bubarkan Parlimen.

Najib tahu beliau terpaksa berhati-hati. Harapannya untuk berlaku ‘miracle’ seperti zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi mula-mula menjadi PM pada tahun 2004 yang lalu, agak sukar.

Kemenangan besar BN pada PRU 2004 adalah hasil daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya dan ‘persepsi baik’ terhadap Abdullah sebagai PM yang baru, berbanding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada waktu ini, tiada persempadanan semula. Belum wujud sebagai persepsi baik terhadap Najib selaku PM yang baru menggantikan Abdullah. Sejak Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi, beliau masih terpalit dengan pelbagai persepsi buruk di kalangan rakyat, dengan pelbagai skandal yang diketahui umum.

Persepsi buruk ini membentuk sikap Najib, hingga beliau terlalu bimbang bahawa kemungkinan beliau merupakan PM yang terakhir dari BN. Maka kebimbangan yang Najib nyatakan dalam perhimpunan MCA memang ada kewajarannya.

Najib sebenarnya sudah meragui kekuatan BN menerajui negara. Najib sedar bahawa asas kekuatan Umno-BN sudah tercabut pada PRU 2008 dan sehingga kini masih belum dapat dipulihkan.

Sekarang ini BN yang menguasai Kerajaan Persekutuan,langsung tiada kekuatan. Mereka hanya tegak berdiri sebagai parti pemerintah, dengan sokongan dan dokongan agensi serta jentera kerajaan.

Kerajaan Umno-BN hari ini wujud, memerintah dalam negara dengan dokongan kuat media pro kerajaan, dibantu oleh polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, badan kehakiman dan sebagainya.

Agensi dan jabatan inilah, sebenarnya yang digembleng siang dan malam bagi menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat. Mereka ini bergerak seperti cawangan Umno, bertugas menggunakan peruntukan besar kerajaan untuk menampung kepincangan Umno-BN.

Hakikat sebenarnya, asas kekuatan yang ada pada Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, PBS dan sebagainya sudah semakin menghampiri kepupusan.

Mengapa pengaruh parti-parti komponen BN ini semakin pupus? Sebabnya ialah ideologi dan kepimpinan mereka sudah ditolak oleh rakyat.

Rakyat pada zaman millenium ini adalah rakyat yang matang. Rakyat menolak fahaman rasisme yang melampau, menolak ideologi perkauman yang ditunjangi oleh parti-parti komponen BN.

Penolakan rakyat terhadap idealisme perkauman adalah akibat daripada kegagalan pemimpin BN untuk ‘deliver’ kepada kaum yang mereka wakili.

Sehingga hari ini Umno, MCA, MIC dan Gerakan dibelenggu perjuangan rasisme. Dalam setiap ucapan, kenyataan terbuka, malah pada setiap kali perhimpunan agung diadakan, agenda rasisme sentiasa menjadi topik utama mereka.

Oleh sebab itu parti-parti ini ditolak. Sebabnya ialah mereka diterajui oleh oportunis yang begitu rakus menjarah harta rakyat bagi kepentingan kroni-kroni mereka. Mereka hanya menggunakan suara rasisme semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Bukan untuk kepentingan bangsa yang mereka wakili.

Rakyat tidak mahu parti-parti seperti ini. Rakyat tidak mahu BN lagi.

Yang rakyat mahu adalah parti-parti yang diterajui oleh pemimpin yang berkarisme, bersih serta memperjuangkan kepentingan rakyat keseluruhannya.

Dalam erti kata lain, ciri-ciri itu wujud pada pemimpin Pakatan Rakyat. Berbanding dengan pemimpin BN yang sudah tercalar dengan najis-najis rasuah yang amat dahsyat.

Maka dengan sebab itu, mana mungkin sebuah negara hanya tertegak dengan dokongan agensi serta jabatan kerajaan, jika tidak mendapat sokongan majoriti rakyat?

Mereka-mereka yang duduk dalam agensi serta jabatan kerajaan ini sebenar tidak sedar bahawa mereka sedang menunjangi kerajaan yang rapuh.

Kerajaan BN rapuh kerana parti-parti yang ditunjanginya sentiasa bergolak. Umno masih gagal berubah walaupun PM sudah bersilih ganti. MCA masih terus bercempera walaupun Dato’ Seri Chua Soi Lek menang sebagai Presiden.

Begitu juga dengan MIC, masa depan mereka terus kelam walaupun Dato’ Seri S Samy Vellu sudah mengumumkan untuk berundur. Sama dengan Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, dalam partinya teruk dipertikaikan.

Persoalannya pergolakan dalam parti komponen BN bukannya mainan Pakatan Rakyat. Ia adalah realiti yang berlaku. Pergolakan ini masih terus gagal dipulihkan. Ini yang sebenarnya disuarakan PM Najib.

Dalam masa yang sama, sepanjang tempoh 30 bulan ini, usaha-usaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat terus menemui kegagalan.

Pakatan Rakyat semakin kukuh dan diterima rakyat. Justeru pada PRU ke-13 nanti, kemenangan besar akan berpihak kepada Pakatan Rakyat, bukan BN.

Harakahdaily/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BARISAN ideal,PART1
-Tidak pernah kata tidak walaupun pihak lawan ingin merebut kuasa,
-Menjalankan strategi pembaharuan rakyat darisegi meterial,perkhidmatan,pelaburan, dan sering melakukan pemboleh ubahsuaian rangka tuk mencari formla yg sesuai utk setiap program,
-menaikan nama Malaysia diseantiro negara,
-Melahirkan pelbagai saiz masyarakat yg pelbagai idea dan intelek,
-Melipatgandakan kemajuan negara,
-Mebuat kerjasama setiap negara maju,dan menolong negara ke3
-Memelihara masyarakat majmuk dan mengekalkan konsep perpaduan setiap budaya bangsa.
-Tidak kompromi dengan PENGANAS
-Mencapai kemajuan termaju dalam kesingkatan dari tahun merdeka,berbanding negara lain,rakyat ramai,negara dah merdeka 93 thn pun belum maju seperti alaysi.
-Kekal konsep berdaya saingan yg positif,
-Memimpin rakyat tuk lebih positif,
-Malaysia memang teruji dengan kemajuan yg di telah diberi garislurus dari tahunketahu sebelum ini,
-Malaysia taidak akan mengkongsi masalah perbadi negara dan menjatuhkan maruah negara,dengan menceritakan hal-hal negara kepada pihak luar,
-BN tidak pernah menujding jari kepada mana2 pihak sebaliknya akan terus membaikpulih kan keadaan,tidak kira berpuncadari siapa.
-UMNO sentiasa menjamin kekuasaan hak2 melayu sebagai penduduk asal tanah ini akan terus memerintah..
-UMNO sering bermusyurah dengan para intelek dan bertukar pendapat tuk memajukan negara sehingga kini.
(azlansidik@yahoo.com)-sains politik-um

Tanpa Nama berkata...

PIHAK PEMBANKANG..part2
-sentiasa mencari isue dan membuat onak menggunakan kesedihan rakyat tuk meraihprihatin.
-sentiasa menggunakan isue sensetif untuk membuat onak dan huruhara,sambil melaungkan "ALLAHUAKBAR" seolah2 rakyat ditempatkan keadaan jihad,
-tidak pandai pilih kawan dan lawan..
-daif dalam merangka prasaran strategi jangkapendek dan panjang,sekadar lepas batu di tangga,dapat kuasa tetapi taktau hendak mentadbir.
-angkara PKR yg menghalalkan KAIMAH ALLAH tuk KRISTIAN,
-PKR terlalu kalut dengan penjajahan dan tidak membela nasib rakyat..
-Berkompromi dengan negara eropa tuk menjatuhkan Malaysia,
-Ujudnya PKR adalah kerana, hasad dengki dan tamak tuk membelanjakan harta negara,berbanding BN yg pandai dalam soal EKONOMI,dan kedekut tu belanjakan duit rakyat,demilangkah menstabilkan simpanan negara,bagi mengelakan berlakunya krisis ekonomi,
-Anwar IBRAHIM sorang "bacul" kerana sering membuat "FITNAH" dam membohongi rakyat semata2 untuk rakyat menytakan RAKYAT TERTIPU, TERANIAYA, dan menggunakan semangat rakyat tuk meraih undi sahaja,
-Apa yg terlah dijangka oleh "saya" telah pun berlaku kini..cuma kurang tepat pada tarikh sahaja,dan akan datang,ANWAR akan menjual sebahagian dari kepercayaan rakyat kepada bangsa asing,dan menuduh BN lah puncanya,
(azlansidik@yahoo.com)-sains poitik-um