KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim antara 48 penyokong ‘baju merah’ yang ditahan polis dalam perhimpunan di Masjid Negara, semalam.
Mereka antara hampir 5,000 penyokong yang membanjiri perkarangan masjid sejak jam 11.30 pagi, untuk menyertai perhimpunan membantah kenaikan harga air di Selangor.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah berkata, polis menahan 48 penyokong itu kerana mereka cuba berarak ke Istana Negara dan enggan mematuhi arahan bersurai.
“Kami tempatkan mereka di pusat tahanan sementara di Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras untuk proses dokumentasi serta siasatan lanjut mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967.
“Setelah selesai, kami akan lepaskan mereka selewat-lewatnya petang ini (semalam). Bagaimanapun ADUN berumur 40-an itu, kami sudah bebaskan lebih awal kerana berpuas hati dengan keterangan yang diberikan,” katanya pada sidang media, semalam. (Sinar Harian)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan