Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan tahniah dan syabas di atas keberanian rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor kerana berjaya mengadakan himpunan aman di perkarangan Masjid Negara pada 5 Disember 2010. Walaupun himpunan ini berakhir dengan tembakan dan tangkapan yang dibuat oleh polis secara melulu menyebabkan ada yang tercedera.
Tahniah khusus kepada 70 peratus anak-anak muda yang berumur 30 tahun kebawah datang untuk menyatakan bantahan. Kedatangan mereka memberi isyarat kepada Umno BN, bukan jalan mudah mereka untuk menang selesa dalam PRU akan datang. Generasi muda tidak rela hak mereka diperkosakan oleh kerajaan BN. Pada mereka sudah cukup setengah abad pertama ibu bapa mereka ditipu, mereka tidak akan biarkan sejarah setengah abad kedua menimpa mereka. Mereka akan mencipta sejarah baru dan membentuk pemetaan politik baru di negara ini.
Kenapakah pihak polis tidak menggunakan akal yang waras untuk menghadapi himpunan aman ini. Jika tidak ada porovokasi daripada polis himpunan akan berjalan dengan aman, contohnya ketika himpunan BERSIH 10 November 2007 tidak ada satu pasu bunga pun yang dipecahkan walaupun kehadiran hampir 100 ribu orang. Air dan gas yang mereka gunakan adalah wang rakyat. Bukankah polis tidak tahu, kantong negara semakin kurus, kenapa perlu dibazirkan wang, sehingga polis hanya dapat bonus RM500 sahaja tahun ini. Sedangkan ini adalah perjuangan untuk polis, sama-sama dapat menikmati air percuma daripada kerajaan yang berjiwa rakyat.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

6 ulasan:
Salam,
Saya cadangkan supaya pihak media alternative dtg lebih awal untuk membuat liputan/ambil gambar semasa polis2 & SB2 di beri taklimat.. Semalam semasa saya menghantar anak saya kekelas di Masjid Negara seawal 8.45 pagi. Saya dapati ramai polis2, FRU2 dan SB2 sedang mendengar taklimat dari ketua masing2. Kesihan.. yang menjadi SB semuanya dah beruban..
Malang sekali saya x bawa kamera/Hp masa tu.. (Nak cepat antar anak)
kaki yg menyepak si baju merah tu kaki haram jadah...
kaki itulh nanti akn disiksa dlm kubur dan di akhirat nanti....Allah Maha Melihat dan Maha Adil
Hmmm jangan dok salahkan polis yang bertugas tuh. Tapi yang atas2 tuh p kerah polis bawah2 ni. Mereka ni hanya ikut arahan jer.. hehe
sabarlah wahai yang kena sepak; perjuanganmu tidak hanya tamat di situ.
Yang menyepak pula perlu ingat kalau tak boleh berjalan nanti jangan ingat takdir semata-mata, khabarkan kepadA KAWAN=KAWAN bahawa kaki hendaklah diguna sebaiknya bukan untuk menendang orang sesuka hati tanpa guna akal apa tah lagi jika semasa menendang anda sedang mabuk arak... khabarkan secara jelas aku tak boleh berjalan kerana aku bekerja hanya guna kaki bukan guna akal..
islamic neutron:ikut arahan????adakah boleh kita menzalimi org lain???arahan Allah bagaimana??kenapa depa x ikut??atau negara kita ni bebas bagi pihak berkuasa buat apa saja???
Catat Ulasan