Tok Jib dan Tok Din seakan membaca naluri rakyat bahawa kenaikan harga barangan keperluan utama tidak akan mencetuskan kegusaran rakyat. Lima sen atau lima duit kata orang utara tidak nampak membebankan rakyat, lantaran itu mereka tergamak melemparkan batu kepada rakyat.
Tok Jib anggap dirinya bijak dan rakyat tidak menyedarinya kerana menaikkan harga bahan bakar itu lima sen sahaja tiap kali. Sebelum inipun sudah dinaikkan lima sen bagi harga petrol RON95, Diesel dan Gas petroleum cecair (LPG) mungklin tidak ramai digunakan rakyat kecuali peniaga dan tokeh.
Namun gula dinaikkan 20 sen adalah kononnya bagi mengelakkan rakyat memakan benda manis yang akhirnya akan terdedah pada kencing manis. Namun kenaikan pada kali ini adalah bukti jelas kerajaan UBN pimpinan Tok Jib mulai menzalimi rakyat marhaen.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus sambil melahirkan rasa terkejut dan menyifatkan sebagai 'gila' berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.
"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya.
Harga Petrol RON95 dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel juga 5 sen menjadikan RM1.80 seliter, begitu juga LPG juga menjadi RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen ke paras RM2.10 sekilogram.
Kerajaan terus memberi alasan sama terhadap kenaikan itu dengan mendakwa ia bagi menyelaraskan subsidi. Kelmarin, petrol RON 97 naik 15 sen kepada RM2.30 seliter.
Firdaus berkata, ketidakprihatinan BN kepada nasib rakyat bukan lagi dongeng semata-mata.
Ia terbukti, apabila rakyat terus dibebankan sedangkan Perdana Menteri semalam mengumumkan akan meneruskan cadangan membina Menara Warisan 100 tingkat yang tiada manfaat secara langsung kepada rakyat.
"Kalau betul ikhlas, batalkan sahaja niat nak buat menara 100 tingkat, guna duit tu tampung beban rakyat. Rakyat hanya diguna untuk pilihan raya sahaja," katanya.
Lebih malang, kenaikan itu berlaku diwaktu rakyat sedang terbeban dengan persiapan persekolahan sesi akan datang. Kesan kenaikkan itu juga akan memberi alasan kepada peniaga barangan menaikkan harga barang mereka dan menyebabkan pengguna sekali lagi terbeban.
"Saya hairan, kenapa menteri tak umum di parlimen, sedangkan parlimen tempat bincang masalah rakyat." (sumber - Perakite)

1 ulasan:
Barang kali definisi kebahagian dan keselesaan rakyat Malaysia bagi UMNO/BN ialah ibarat 'lima orang bersaiz Rosmah menaiki Perodua Kancil untuk perjalanan dari Bukit Kayu hingga ke Tambak Johor tanpa henti kecuali untuk mengisi minyak RON 95 yang dah naik harga lagi.'
Catat Ulasan