06 Disember 2010

Khir Toyo Lepas Jawatan Ketua Pembangkang Selangor Serta Merta

1 Muharram 1432H

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh berhubung kesalahan dalam pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo, akan melepaskanjawatannya sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor berkuatkuasa serta merta, demikian menurut laman web www.drkhir.com, Isnin.

Mohamad Khir, 45, anggota jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri, turut berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung jawatannya dalam parti.

"Jika ia menjadi masalah besar kepada parti, saya rela mengundur diri. Namun sebagai wakil rakyat, saya akan terus berkhidmat walau atas platform manapun sehingga mahkamah membuat keputusan," katanya laman webnya itu pada pukul 5.18petang ini.

Mohd Khir, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, berkata apa yang diharapkan ialah perbicaraan itu didapat dijalankan secepat mungkin

2 ulasan:

BN/UMNO SUDAH BERKUBUR DI SELANGOR berkata...

AKHIRNYA, SETELAH RAKYAT LAMA TERTUNGGU2...

ORG2 BIRU LIAT BENAR KALU NK DI BAWA KE MUKA PENGADILAN, MCM2 ALASAN ADA...

Tanpa Nama berkata...

Gimik UMNO..pilihanraya dah dekat...bila BN menang pilihanraya...baru mahkamah buat keputusan.
"DENGAN INI SETELAH DITELITI PENGHUJAHAN KEDUA BELAH PIHAK, MAHKAMAH MENDAPATI YANG TERTUDUH BERSABIT KES RASUAH ADALAH TIDAK BERSALAH".....
HA..HA...HA...KENA TIPU LAGI RAKYAT MALAYSIA.