06 Disember 2010

Khir Toyo didakwa ke mahkamah

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo akan dikenakan tuduhan di Shah Alam hari ini berhubung isu pembelian dua lot tanah, dipercayai untuk tujuan pembinaan rumah banglo ketika menerajui kerajaan negeri.

Beliau dijangka akan tuduh membeli dua lot tanah pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran.

Turut akan didakwa ialah seorang ahli perniagaan yang bersubahat dengan beliau.

Kedua-dua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Shah Alam.

Difahamkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sendiri akan memfailkan tuduhan ke atas kedua-dua mereka.
Dua tahun lalu Dr Khir (gambar) didakwa oleh Pakatan Rakyat membina “istana” di Seksyen 7 Shah Alam bernilai RM23 juta.

Sebelum ini, ADUN Sekincan Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Difahamkan tanah itu bernilai RM6.5 juta.

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.

Pertengahan tahun lalu, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Khir, 45, dan isterinya Zahrah Kechik, 45, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.

Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas — yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni — didakwa Ng sebagai kawan Dr Khir.

Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai “istana bergaya Bali”, Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

The Malaysian Insider difahamkan Shamsuddin juga akan dikenakan tuduhan hari ini. [Malaysian Insider]

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DS Khir Toyo p bicara macam biasa..passport bagi mahkamah pegang. Lepas semua jawatan dalam UMNO.
Jangan mengaku bersalah..bila tuan hakim tanya.
Lepas dua tahun kes postpone...Tuan Hakim akan bagi keputusan berbunyi macam ini.
"SETELAH DITELITI PENGHUJAHAN KEDUA BELAH PIHAH,DENGAN INI MAHKAMAH MENDAPATI PIHAK PENDAKWAAN GAGAL MEMBUKTIKAN YANG TERTUDUH ADA TERLIBAT DIDALAM AMALAN RASUAH. MAHKAMAH MENDAPATI TERTUDUH ADALAH TIDAK BERSALAH DAN DIBEBAS DARI SEGALA PERTUDUHAN.

Lepas tu..buat rayuan balik kat UMNO untuk masuk balik UMNO..pelan-pelan naik balik..
tak mustahil boleh dapat jadi Menteri Besar Selangor...silap-silap dapat jadi Perdana Menteri..