05 Januari 2011

Yuran tambahan persekolahan bebankan rakyat

30 Muharram 1432H.
Nazli Ibrahim

PETALING JAYA, 5 Jan: Ketika masyarakat di negara ini ditekan dengan beberapa siri kenaikan harga barangan pengguna, mungkin banyak ibu bapa bertambah mengeluh lagi apabila bayaran tambahan persekolahan yang dikenakan bagi sesi 2011 juga meningkat berbanding tahun lepas.

Perbandingan di beberapa sekolah rendah sekitar Selangor didapati bayaran tambahan adalah sebanyak RM36.50 berbanding tahun sebelumnya sekitar RM26.00 hingga RM28 bagi setiap pelajar sekaligus pemansuhan yuran persekolahan RM4 oleh Kementerian Pelajaran sebelum ini kurang memberi kelegaan kepada ibu bapa.

Di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Sri Damansara 1 dan SK Damansara Damai 1 bayaran tambahan yang dikenakan berjumlah RM36.50 berbanding tahun lepas RM27.50.

Manakala bagi sekolah-sekolah menengah di sekitar Selangor pula, jumlah bayaran tambahan yang dikenakan juga adalah lebih besar dan berbeza-beza sekitar RM55 hingga RM75 tidak termasuk yuran tahunan PIBG.

Jumlah yang dianggap kecil dan tidak membebankan bagi sesetengah pihak mungkin menjadi keluhan kepada pihak lain khususnya golongan berpendapat rendah apabila mendapati perbelanjaan persekolahan awal tahun yang meningkat.

Lebih-lebih lagi pada masa yang sama, rata-rata para ibu bapa terpaksa menyediakan perbelanjaan untuk pakaian sekolah, buku-buku dan peralatan lain untuk keperluan anak-anak mereka mengikuti pelajaran dalam kelas.

Dianggarkan secara purata setiap ibu bapa perlu memperuntukkan tidak kurang RM300 untuk menyediakan keperluan lengkap bagi seorang anak mereka yang bersekolah dan bertambah mengikut tahap.

Pihak Jabatan Pelajaran Negeri juga telah dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu kenaikan bayaran tambahan persekolahan ini namun kekeliruan timbul di kalangan beberapa kakitangan jabatan itu apabila gagal mengenal pasti unit yang bertanggungjawab berhubung isu ini.

Malahan pemanggil telah dibawa 'melawat' dari satu unit ke satu unit lain, yang rata-rata memberikan nama-nama pegawai berbeza bagi mentangani isu ini.

Seorang kakitangan di jabatan terbabit memberitahu, mereka tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada media kecuali Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Sulaiman Wak yang sedang menghadiri satu mesyuarat ketika itu.

Bagaimanapun dengan ringkas beliau juga memberitahu, bayaran tambahan di sekolah-sekolah negeri Selangor tidak diselaraskan dan bergantung kepada keperluan sekolah-sekolah terbabit.

Harakahdaily/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kok tak tolibat,alhamdulillah...tp kok tolibat dengan umno-umno pun parah....

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah masalah yuran tinggi.kini RMT (Rancangan Makanan Tambahan) pula dihapuskan.Biasanya RMT mula berjalan sebaik sekolah dubuka.Tapi kini bila ditanya ke pihak sekolah,jawapannya tidak ada surat hitam putih dari Kementerian.Alamat terbeban lah lagi masalah mereka yg biasanya mendapat bantuan ini.INILAH SLOGAN BARISAN.RAKYAT DIDAHULUKAN MUSIBAH.KRONI DIUTAMAKAN KESENANGAN.MAMPUSLAH KAU BARISAN NASIONAL PILIHANRAYA akan datang.Takhbirrrrrrrrr.

MonkeyShooter berkata...

Salam Ustaz. Melantik pemimpin UMNO/BN sebagai pemimpin di negara ini samalah seperti melantik penyamun dan penyangak untuk menjaga rumah dan harta kita. Penyamun dan penyangak ini dah lah tak percayakan tuhan, siang malam pagi petang asyik nak cari harta malah korupsi, rasuah dan pembohongan menjadi suatu kewajipan kepada mereka yang perlu ditunaikan pada setiap hari bagi menggantikan solat 5 waktu. Mereka ini akan selamanya berkuasa selagi ramai bangsa Melayu yang takut dan bodoh masih hidup untuk menyokong mereka seperti slogan dulu, kini dan selamanya. Golongan munafik ini sebenarnya lebih hina dari bangsa Yahudi dan Zionis, kerana mereka ini akan menghancurkan agama dan bangsa dari dalam selimut tanpa kita sedari.

Tanpa Nama berkata...

Sekolah anak saya lagi tinggi. Keseluruhan bayaran yang dikenakan untuk Tahun 6 ialah RM109. Tapi alhamdulillah, bayaran untuk dua orang anak telah dijelaskan sebelum sesi persekolahan dibuka.

Klu rasa tak mampu, bayaran ini boleh dibayar secara ansuran. Klu bayar RM6 sebulan, setengah tahun nanti selesai la. Kdg2 saya berasa malu nak merungut pasal pendidikan ni. Klu untuk rokok saya boleh habiskan RM10 sehari, takkan la untuk pendidikan anak2 yang sekecil itupun saya nak bising. Lagu satu saya dengar, klu di SJK(C) di tempat saya (Kuala krai, Kelantan), ibu bapa sanggup habiskan beribu2 RM cuma untuk tujuan kemudahan asas di sekolah seperti dewan terbuka, gelangang dan sebagainya. Klu untuk kecemerlangan akademik rasanya lagi la.

Saya bukan nak mtak supaya kita orang Melayu jgak mesti belanjakan ribu2 RM untuk pendidikan anak2. Cuma klu setakat RM36.50 tu, tak payah nak bising atau nak jadi modal politik murahan la.