Peranan Besar Keretapi Laju dalam Musim Tahun Baru China





27 Safar 1432H.

Selepas pengangkutan musim Tahun Baru China dimulakan, kereta api laju beroperasi sebanyak 1,424 kali di seluruh negara China dengan menghantar lebih sejuta penumpang sehari. Jumlah penumpang kereta api laju menempati kira-kira 20% jumlah penumpang kereta api di negara ini. Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Landasan Kereta Api China, Wang Zhiguo di Beijing semalam.



Ketika membicarakan pembangunan landasan kereta api laju yang sedang dijalankan, Wang Zhiguo menyatakan bahawa landasan kereta api laju yang menghubungkan Beijing dan Shanghai akan siap dibina pada tahun ini. Landasan ini dan landasan kereta api yang sedia ada antara Beijing dan Shanghai akan mendatangkan kemudahan yang amat besar kepada penumpang tujuh buah provinsi dan bandar di sepanjang landasan itu. CRI/-




Responses

1 Respones to "Peranan Besar Keretapi Laju dalam Musim Tahun Baru China"

Tanpa Nama berkata...

KAT MALAYSIA, TAK DE HARAPAN LA KLU NAK MELAMBAI MACAM GAMBAR DI ATAS, APA YANG ADA BEREBUT-REBUT NAK MASUK. DAH MACAM SARDIN DALAM TRAIN TUH, KLU ADA YG BAIK PUN, TAK SEBAGUS SEPERTI GAMBAR DI ATAS


2/01/2011 9:50 AM

Catat Ulasan

 

cina islam 2011

Foto Saya
PARIT BUNTAR, PERAK, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TITI SERONG, PERAK., Malaysia
Memuatkan ...
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors