01 Februari 2011

Kedah Sifar Rasuah: Umno-BN Makin Terancam

27 Safar 1432H.

ALOR SETAR : Pengisytiharaan negeri Kedah sebagai pentadbiran sifar rasuah jelas menunjukkan rakyat semakin selesa dengan corak kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat.

Exco Kanan Kedah, Ir Amiruddin Hamzah berkata, keadaan ini juga membuatkan Umno-Barisan Nasional(BN) semakin terancam.

Menurutnya, ini satu tamparan hebat kepada Umno yang merupakan pembangkang di Kedah kerana dengan sifar rasuah yang dijelaskan oleh Menteri Besar Kedah menunjukkan bahawa kerajaan yang dipimpin kini bebas daripada sebarang bentuk rasuah.

Amiruddin berkata demikian ketika dihubungi TV Selangor bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa kerajaan Kedah kini boleh diisytiharkan sebagai sifar rasuah.

Amiruddin menambah, tindakan Umno-BN sebelum ini untuk membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah merupakan salah satu bukti bahawa Umno sentiasa berusaha untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

'Memang inilah kerja Umno daripada awal lagi di mana projek membeli ADUN PR bagi mendapatkan kuasa mentadbir Kedah kembali sepertimana di Perak," katanya.

Walaupun berjaya membeli dua ADUN sebelum ini, Amiruddin tetap yakin dengan semangat serta keperibadian ADUN-ADUN yang ada sekarang dalam menjalankan amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.

"Kita yakin ADUN-ADUN dari Pakatan Rakyat ini sentiasa bersama di atas perjuangan untuk membawa keadilan kepada rakyat dan ini bukan perjuangan peribadi, perjuangan untuk mengkayakan diri dan atas prinsip itu kita yakin bahawa sebanyak mana yang mereka tawarkan untuk membeli ADUN-ADUN ini, ia tidak akan berjaya kerana kita sentiasa ingatkan prinsip bahawa ini adalah amanat yang diberikan rakyat kepada mereka," terangnya.

Amiruddin berkata, sepanjang hampir tiga tahun Pakatan Rakyat Kedah mentadbir Kedah, Umno gagal dalam membuktikan pentadbiran kita terlibat dengan amalan rasuah.

Jelasnya lagi, sekalipun Umno sentiasa mengadu domba kerajaan Kelantan dan Kedah dan tidak pernah puas berbuat demikian tetapi mereka gelisah kerana rakyat semakin celik politik dan tidak boleh digula-gulakan lagi.

TVSelangor/-

2 ulasan:

mind4vision berkata...

Syabas kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui YAB Menteri Besar serta saf EXCO yang telah meletakkan negeri Kedah sifar rasuah!. Teruskan usaha membanteras rasuah di seluruh negeri!

boyanis sos cili berkata...

teruskan pentadbiran yang baik..ini akan mematikan hujjah busuk dari umno yang busuk kata mahadhir yang selalu cakap hanya umno boleh memerinta.. sekarang tunjukkanlah pas lebih baik tanpa rasuh jangan seperti umno yang songlap rasuah kes banyak tu..