02 Februari 2011

Krisis Mesir : Mubarak umum tidak tanding Presiden

29 Safar 1432H [MOD]

Jam 5 pagi tadi Mubarak umum dia akan mati d bumi Mesir. Dia tidak akan bertanding sebagai presiden akan datang. Rakyat mahu dia undur kini. Berarti pengumuman beliau itu tidak dapat meredakan para penunjuk perasaan yang telah berdemo sejal lebih seminggu di Mesir.

BANDAR GAZA: Penduduk Gaza memerhati dengan rapi perkembangan di negara jiran Mesir mengharapkan perubahan kerajaan akan membawa kepada dasar kawalan sempadan yang lebih longgar, manakala Israel pula berkempen untuk mempengaruhi negara kuasa besar agar terus menyokong Presiden Hosni Mubarak.
Israel semalam memberitahu diplomatnya di Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa negara lagi agar menggalakkan kerajaan tuan rumah mereka terus menyokong rejim Mubarak yang kini berdepan dengan tunjuk perasaan besar-besaran menuntut Presiden Mesir itu meletak jawatan. nAkhbar Israel, Haaretz melaporkan kementerian luar negara itu memberitahu diplomatnya bahawa kestabilan rejim di Mesir adalah utama bagi kepentingan Barat dan rantau Asia Barat.

“Kita harus membendung kecaman awam terhadap Presiden Hosni Mubarak,” kata kementerian luar itu.

Akhbar itu berkata, kenyataan itu dihantar kepada diplomat Israel di beberapa negara termasuk AS, Kanada, China, Russia dan beberapa negara Eropah.

Sementara itu, penduduk Gaza pula yakin perubahan positif mungkin bermakna sekatan dikenakan kerajaan Mesir terhadap pintu masuk ke wilayah mereka yang dikepung akan dilonggarkan.
Mesir dan Israel mengehadkan laluan keluar dan masuk ke Gaza selepas Hamas mengambil alih kuasa di semenanjung tepi laut sesak dengan 1.5 juta penduduk itu daripada Presiden Palestin disokong Barat, Mahmoud Abbas pada 2007.

Gaza dan Mesir berkongsi sempadan sepanjang 15 kilometer dan ratusan terowong digali penyeludup bagi merentasi sempadan secara haram untuk membawa masuk bekalan keperluan ke wilayah Palestin itu.

Sejak tunjuk perasaan harian oleh rakyat Mesir yang bermula hampir seminggu lalu, pintu masuk sempadan semakin dikawal ketat.

Pintu masuk antara Gaza dan Mesir, yang sebahagiannya dibuka semula sejak beberapa bulan lalu, ditutup kelmarin oleh pihak berkuasa Mesir hingga diberitahu kelak.

Penyeludup berkata, aliran barangan dari Mesir termasuk minyak murah, terganggu sejak beberapa hari. Penduduk Gaza mula menyimpan bekalan minyak dan barisan panjang penunggang motosikal dilihat di stesen minyak.

“Mana-mana penduduk Gaza menunggu perubahan di Mesir kerana negara jiran itu adalah peparu yang membantu kami bernafas,” kata seorang pegawai Hamas yang enggan namanya didedahkan.

“Sebarang perubahan di Mesir akan membawa perubahan di Gaza,” katanya. – AP

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hosni Mubarak terlupa meminta bantuan Malaysia untuk meredakan tunjuk perasaan dan kempen online. Malaysia ialah yang terbaik. Tiada tandingan untuk Malaysia. Tenang terus tenang setelah PRK.

Tanpa Nama berkata...

Negara islam terus bergolak...Malaysia harus ambil iktibar..

Tanpa Nama berkata...

hampuskan umno dari muka bumi ini

Tanpa Nama berkata...

hantar fru msia ke sana mesti org mesir tak berani

Tanpa Nama berkata...

Mesir dan Malaysia sama saja...Kalau mesir rasuah berleluasa, Malaysia rasuah bermaharajalela...Kalau Mesir menekan dan menentang perjuangan Islam, Malaysia menganggap perjuangan Islam musuh nombor satu negara....Kalau Mesir berbaik dengan Israel, Malaysia ada "Satu Malaysia" yang sinonim dengan "One Israel"...Kalau Mesir ada Hosni Mubarak,Malaysia ada Najib Razak yang sama-sama berfikiran sekular !!! Kalau rakyat Mesir bangkit menentang kerajaan sekular..rakyat Malaysia masih sabar dan mahu mengubah kerajaan dengan cara yang sah....!!

muhyiddinr berkata...

Malaysia bila lagi...? ini sahaja cara mengajar pemimpin yang zalimmmmm.....

Tanpa Nama berkata...

dfae

Tanpa Nama berkata...

Wat?

Tanpa Nama berkata...

masih ada insan yg kutuk negara sendiri. fahamilah negara kita aman dan kita boleh hidup bahagian. Kalau bergolak siapa yg mula hidupkan api........... cuba fikirkan. sy masih bangga jd malaysian. Wakai "Tanpa nama nama" yg menulis kt atas.... beryukurlah anda hidup bahagian di bumi malaysia bukan di ISRAEL ATAU MESIR. JGN KURANG AJAR .... jd org yang berfikiran rasional semasa memberi komen.Kalau tak byk sgk kutuk pemimpin malaysia dan kerajaan malaysia......BOLEH BLAH DAN BERHIJRAHLAH KE NEGARA LAIN. semoga ALLAH sentiasa memelihara bumi malaysia aman dan sejahtera utk anak-anak ku.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong dgn kata itu,kita harus bersyukur dengan apa yang diberi tuhan.kita bukannya manusia yang sempurna dicipta.setiap org mesti ada silap.orang yang bodoh saja tidak tahu bersyukur dan mengutuk negara sendiri.jangan biarkan politik sampai negara kita sendiri yang musnah,tidak gunalah anda berlajar sampai ke universiti,CINTAILAH NEGARA SENDIRI!!!!KU BERDOA SEMOGA MALAYSIA AMAN DAMAI SELALU..YA ALLAAH bukalah hati orang yang jahiliah untuk menghancurkan negara MALAYSIA yang ku cintai..

Tanpa Nama berkata...

Banyak yang pandai bercakap dan berkata kata sahaja. Buat kerja tak tau. Berfikirlah secara sedar jgn ikut perasaan. Malaysia negara yang bagus. Yang berkata itu merekaa yang tak tau erti kehidupan dan cara hidup sempurna. Mereka hendak makan disuap samapi ke mulut. tak mau berusaha

Tanpa Nama berkata...

Hosni Mubarak tak lerak jawatan kerana takut Mesir diambil alih Ikhwan Muslim. Persoalannya adakah lebih teruk dari Israel??

Tanpa Nama berkata...

Biasanya kalau dah lama memegang kuasa tentu ada perkara besar yang berlaku di sana sehinga rakyat marah dan tidak puas hati . Kita kena ingat yang memerintah merupakan mandat daripada rakyat oleh itu kena laksanakan apa2 program untuk rakyat. Teringat masa dulu2 saya sekolah 5 sen dapat beli mee semangkuk surat khabar 15 sen sj tahun 1981 honda civic baru harga 11K sj kalau tak banyak sangat bezanya tak lah rasa teruk hidup ini.Yg kaya dan berkemampuan mungkin tak rasa nak tahu cuba hidup selama seminggu dengan orang kurang mampu terutamanya pertengahan bulan bawa hujung bulan. Semoga rakyat Malaysia menuju ke arah kehidupan yang sejahtera

Tanpa Nama berkata...

Bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia. Walaupun ada berbeza pahaman politik,dan berbilang bangsa dan agama, namun kita semua masih mampu hidup dengan tenang dan aman. Oleh itu, janganlah kita musnahkan apa yang ada. Sebagai manusia kita tidak sempurna.

Tanpa Nama berkata...

muhyiddinr berkata...

Malaysia bila lagi...? ini sahaja cara mengajar pemimpin yang zalimmmmm.....

2/03/2011 12:07 AM
----------------------------------------------------------------------

Comment bodoh nak api2kan org Malaysia!! koo sukeee kerrr budak2 anak2 bapak2 mak2 dalam keadaaan mcm nihhh??? sukeee sangattt kerr negara Malaysia bergolakkk??? ko pusasss bertepok tangan sampai ketawa kalau dah negara mushnah ekonomi musnahhhh anak2 mati mampus x dapat nak makan termasuk rakyat Jelata meranaa.......ko sukaaa??? ko dapatt tenag keeeeeeee kalau Malaysia Bergolakk??? aku cadangkan ko baik keluar je Malaysia...kami x perlukan rakyat macam ko nihhh...