28 Safar 1432H.
Kenyataan Media.
Berhubung dengan pergolakan politik yang berlaku di Negara Mesir yang telah mencecah tempoh hampir sebulan saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan berkaitannya:-
1. Saya sangat kesal dan masih tertanya-tanya apakah tindakan yang sebenarnya yang akan dilakukan oleh Kerajaan Malaysia untuk menyelamatkan warga malaysia yang berada disana yang kebanyakannnya dari kalangan penuntut Malaysia yang belajar dalam berbagai jurusan.
2. Segala langkah yang diumumkan oleh PM Malaysia adalah sangat dihargai antaranya pengumuman membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara, namun saya rasa tindakan kepada pengumuman itu sangat lambat dan telah menimbulkan kebimbangan dan rasa kesal dari kebanyakan ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka dibawa keluar dari bumi Mesir secepat mungkin.
3. Umumnya mereka bercakap dan ingin melihat tindakan drastik dari pihak kerajaan seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Taiwan dan China serta beberapa negara lain.
4. Keadaan keselamatan di Mesir yang bertambah buruk dan mendedahkan semua warga Malaysia yang berada di sana merupakan alasan yang sangat kuat kepada Kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan tindakan untuk membawa keluar warga Malaysia.
5. Saya yakin Kerajaan Malaysia mempunyai kewangan yang cukup serta wajar untuk membiayai usaha membawa pulang rakyat Malaysia.
6. Disamping itu kita mempunyai kementerian, agensi dan perwakilan yang cukup untuk menguruskan berbagai urusan yang berkaitan dengan usaha menyelamatkan warga Malaysia .
7. Akhirnya saya sangat berharap tidak ada apa-apa unsur balas dendam dan membiarkan segolongan rakyat Malaysia yang sedang menuntut ilmu di Mesir yang tidak menyokong UMNO dan BN kerana mereka telah memahami ajaran Islam yang sebenar. Sehinggakan segala usaha untuk membawa mereka semacam dilambatkan oleh pihak-pihak tertentu.
Kenyataan Media , 2 Feb. 2011
Pengerusi Idham Care/
ADUN Titi Serong
Kenyataan Media.
Berhubung dengan pergolakan politik yang berlaku di Negara Mesir yang telah mencecah tempoh hampir sebulan saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan berkaitannya:-
1. Saya sangat kesal dan masih tertanya-tanya apakah tindakan yang sebenarnya yang akan dilakukan oleh Kerajaan Malaysia untuk menyelamatkan warga malaysia yang berada disana yang kebanyakannnya dari kalangan penuntut Malaysia yang belajar dalam berbagai jurusan.
2. Segala langkah yang diumumkan oleh PM Malaysia adalah sangat dihargai antaranya pengumuman membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara, namun saya rasa tindakan kepada pengumuman itu sangat lambat dan telah menimbulkan kebimbangan dan rasa kesal dari kebanyakan ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka dibawa keluar dari bumi Mesir secepat mungkin.
3. Umumnya mereka bercakap dan ingin melihat tindakan drastik dari pihak kerajaan seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Taiwan dan China serta beberapa negara lain.
4. Keadaan keselamatan di Mesir yang bertambah buruk dan mendedahkan semua warga Malaysia yang berada di sana merupakan alasan yang sangat kuat kepada Kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan tindakan untuk membawa keluar warga Malaysia.
5. Saya yakin Kerajaan Malaysia mempunyai kewangan yang cukup serta wajar untuk membiayai usaha membawa pulang rakyat Malaysia.
6. Disamping itu kita mempunyai kementerian, agensi dan perwakilan yang cukup untuk menguruskan berbagai urusan yang berkaitan dengan usaha menyelamatkan warga Malaysia .
7. Akhirnya saya sangat berharap tidak ada apa-apa unsur balas dendam dan membiarkan segolongan rakyat Malaysia yang sedang menuntut ilmu di Mesir yang tidak menyokong UMNO dan BN kerana mereka telah memahami ajaran Islam yang sebenar. Sehinggakan segala usaha untuk membawa mereka semacam dilambatkan oleh pihak-pihak tertentu.
Kenyataan Media , 2 Feb. 2011
Pengerusi Idham Care/
ADUN Titi Serong
9 ulasan:
saya berasa agak sedih dgn tulisan saudara diatas. kerajaan tidak pernah dan tidak akan menganak tirikan sesiapa pun baik yg menyokong kerajaan atau tidak, baik yg berda di dalam mau pun di luar negara. sebagai contoh, kerajaan tidak pernah berusaha untuk menutup PASTI, iaitu tadika yg condong ke arah pembangkang. jika kerajaan yg ada mmg zalim, sudah pasti dari dulu PASTI di pastikan tidak beroperasi. itu baru tadika yg memberikan pendidikan awal pada kanak kanak kita, kerajaan benarkan mereka bersaing dengan pengusaha tadika yg lain secara sihat. begitu juga dikalangan guru guru dan pensyarah IPTA/IPTS. memang kalau kerajaan berkehendak, mereka tersangatlah boleh menghapuskan terus karier guru guru dan pensyarah2 terlibat ini terus dari profesi mereka, kerana ternyata mereka menyalahi dan melanggar aku janji yang para guru dan pensyarah ini ikrarkan sebelum nya. tidak pula kerajaan bertindak zalim pada golongan, ini walau pun dengan kuasa yang ada tersangat boleh kerajaan berbuat begitu. mengapa? ini semua kerana kerajaan tidak zalim, bahkan masih membayar pencen sebahagian besar pendidik2 yg sudah tidak berkhidmat lagi dengan kerajaan. ini sekadar satu contoh mudah untuk renungan semua. banyak lagi contoh2 di sekeliling kita yg boleh kita kita lihat dan nilai kan sendiri. mari lah kita menjadi rakyat malaysia yg tahu mengenang budi, dalam agama pun kita di tuntut supaya wajib mengenang budi. cara nya? sembahyang lima waktu itu sendiri adalah wajib, sebagai salah satu tanda terima kasih kita kepada pencipta kita yg maha besar. begitu juga zakat, wajib kita berzakat dan memperuntukkan sebahagian kecil harta kita untuk yg memerlukan atas tiap rezeki yg di beri oleh Allah SWT, sebagai tanda terima kasih kita pada yg maha mengasihi dan pemurah. ini juga sekadar contoh berterima kasih untuk renungan bersama. apa apa pun saya bersedia menerima kritikan dan teguran atas tulisan saya. terima kasih.
jebat...anda tidak pernah merasai berada di tempat kami yang ditindas secara halus.....kami dengan PENUH SEDAR, berkhidmat dengan sepenuh hati untuk anak2 generasi akan datang, tetapi kami tidak dibangunkan jiwa, sengaja disibukkan dengan tuntutan kerja dipaksakan berkhidmat TANPA BOLEH BERSUARA 'TIDAK'kepada perkara yang kami TAHU adalah salah (penyalahgunaan peruntukan dan kemudahan sekolah/aw2am, dipaksa menerima 'pewajaran' budaya hedonisme demi kononnya memartabatkan budaya dan semangat perpaduan...fikirkan lah jebat seandainya anda di posisi ini...
Salam, saya juga berasa sedih dgn tulisan di atas ...saya juga menyokong apa yg di katakan oleh jebat ...berfikiran terbuka la sikit ...kalau kerajaan nak hantar bantuan tu pun bukan nya serta merta dlm masa 24jam .. mesti ada 'gap' juga ...bantuan lambat sikit pun kena tak bagi bantuan pun kena ...hairan2 ...terima kasih (joe penang)
Salam, saya juga berasa sedih dgn tulisan di atas ...saya juga menyokong apa yg di katakan oleh jebat ...berfikiran terbuka la sikit ...kalau kerajaan nak hantar bantuan tu pun bukan nya serta merta dlm masa 24jam .. mesti ada 'gap' juga ...bantuan lambat sikit pun kena tak bagi bantuan pun kena ...hairan2 ...terima kasih
Saya tertarik dengan komentar yang utarakan oleh Jebat di atas. Katanya kerajaan tidak menganak tirikan sesiapapun sebagai contohnya kerajaan tidak pernah berusaha untuk menutup PASTI. Betul ke begitu?.... Saya tidak pasti.. yang pasti PASTI masih beroperasi dan pernah diakui lebih baik dari KEMAS oleh seorang pemuda UMNO. Tahniah kepada PASTI dan Pengurusannya sekali kerana anda kuat dan sabar. Jebat berkata bahawa kerajaan tidak bertindak zalim kepada guru-guru dan pensyarah ( yang memilih idealogi perjuangan yang lain dari kerajaan ) contohnya mereka tidak dihapuskan karier mereka... Jangan.... Jebat silap-silap kena saman nanti. Tapi Jebat tidak menyebut pula berapa ramai guru-guru atau pegawai kerajaan lain yang ditukarkan ( dianianya ) tanpa alasan munasabah bahkan sesetengah mereka dihantar jauh ke kawasan jin bertendang. Tak payah nak sebut panjang lebar disini orang yang memikulnya tahu betapa berat bahu memikul. Jebat juga ada mengajak marilah kita menjadi rakyat Malaysia yang tahu mengenang budi, kerana agama juga menyuruh kita berbuat begitu.... Sayu hati saya apabila Jebat menyebut AGAMA tuntut kita mengenang budi... SubhanalLAH.. Teringat saya kepada pesan guru saya dahulu ketika belajar kitab fikah. Guru saya berkata Allah telah menjadikan kita sesempurna makhluk lalu diberikan bumi ini untuk kita hidup, beragama dan bersiasah dengannya. Guru saya membuka kitab fikah dan menunjukkan dalam kitab ini ada beberapa bab (ibadah, muamalat , munakahat, jinayat) yang merupakan kewajipan yang sangat dituntut. Lalu guru berkata jadilah hamba bersyukur ( MENGENANG BUDI) kepada Allah yang telah memberikan kita jasad, roh dan bumi ini. Saya pun berkata (bertanya) kalau setakat solat, puasa, haji, zakat ( ibadah) nikah kahwin ( munakahat ) tidak simpan duit di bank riba ( muamalat, teringat saya mula-mula kerajaan PAS Kelantan naik dahulu, Menteri Besarnya memindahkan duit kerajaan dari bank riba ke Islam yang dapat membersihkan duit untuk dibayar kepada pegawai kerajaannya ) saya boleh berusaha kearah itu tuan guru... tapi kalau bab ( jinayat ) macamana.? bolehkah saya laksanakan sendirian ? katanya tak boleh...ia adalah terpikul atas bahu kerajaan. Berterima kasih kepada kerajaan itu betul.. tapi jangan lupa berterima kasih kepada Pencipta pula yang menyediakan untuk kita bermacam- macam, tak terhitung untuk dikiranya iaitu dengan kita berusaha melaksanakan semua tuntuttannya. Ingatlah kerajaan itu adalah amanah sesiapa sahaja yang diberikan amanah ia mesti melaksanakan amanah itu dan menyediakan apa sahaja yang terbaik untuk rakyatnya, hatta kerajaan sekafiq Amerika pun mereka tetap melaksanakan yang terbaik untuk rakyatnya, sebab itu rakyat Amerika tak hairan sangat siapa sahaja yang menjadi pemimpin mereka janji bekerja untuk rakyat, kulit hitam kulit hitamlah, kalau tak buat kerja mereka tukarlah, walaupun kulitnya cerah dan mereka tetap negara maju. InsyaAllah kita semua kenanglah budi ALLAH SWT. semoga kita dikenangi dunia akhirat. Wahai Jebat, kalau tuan seorang bijak pandai, tolong jawab tekateki Kasturi ini,,,,,,Antara telur dengan ayam mana yang dahulu? Antara kerajaan dan rakyat mana yang dahulu?
Assalam. Saya sokong kalau yang nak di bawa balik itu pelajar perempuan tapi bukan pelajar lelaki! Biarkan pelajar lelaki kita lebih terdedah dalam suasana gawat seperti di Mesir barulah bertambah jati diri mereka. Bukankah pengalaman yang pahit itu panduan hidup yang baik di msa hadapan? Semoga mereka berjaya mengharungi kehidupan yang serba sulit seperti sekarang dan akan pulang sebagai pejuang Islam yang kental semangatnya!! Ibubapa patut redha dengan anak lelaki mereka di sana malah memberikan kata-kata semangat untuk anak mereka meneruskan kehidupan mereka di sana. Semua insan pasti mati!!! Lebih mulia mati di sana kerana kekacauan dari mati sebagai penyembah kerajaan yang hipokrit di sini!!!! Wasalam.
betul ke penyokong Jebat ni berfikiran terbuka????.Kalau dah berkarat biru tu,memang payah nak gosok bagi berkilat.Kena pakai mesin .Begitulah pemikiran orang macam kamu tu.
huzaifah...
saya pun jadi sedih ,,tapi kena sabar mmg lah kita x rasa apa yang mereka rasa tapi kerajaan x kan biar rakyat yang ada kat mesir ,,
kerjaan mempunyai strategi sendiri ,,kerajaan kena pikir baik n buruk dlu ,,bru bertindak,,,semua orang risau juga termasuk kerajaan malaysia sendiri ,,,jangan hanya tahu menyalah kan sahaja ,,lebih baik kita banyak berdoa untuk diorang ,,,,
bukan nak kata pa ,,bila susah tahu mencari kerajaan malaysia ,,
tapi x pikiq segilintir yang study kat luar negara nie ,,,habis blajar tub2,,,kerja tuk negara lain sehingga kan kerjaan malaysia panggil untuk pulang ke malaysia ,,orang x menunding salah kepada segelintir yang x berkhidmat tuk malaysia 2,,adil ka?
bukan nak kata, tapi mmg pun kerajaan malaysia nie lembab n terhegeh hegeh.kesian betoila kat rakyat malaysia yag duk kat mesir tu. yang najib duk kalut duk kira kos pasai apa.macamla duit dia yang nak kena keluar.tak dak duit sangat mintakla derma kat tv ka, apaka...miskin sungguh malaysia ni rupanya...sian tol.cubala pikiaq skit,mesir tu tepi israel,ingat senangka husni mubarak tu nak memecat diri dia,dah israel pun duk belakang.takkanlah benda macam nie pun kerajaan malaysia tak leh pikiaq,kata pegawai kat putrajaya hebat2 belaka,takkan benda simple mcm nie pun x leh pikiaq.
Catat Ulasan