02 Februari 2011

Sejuta suara gegarkan Mesir

28 Safar 1432H.

KAHERAH - Pemerintahan selama 30 tahun Presiden Mesir, Hosni Mubarak hampir pasti musnah selepas sejuta penduduk Mesir keluar menyertai protes terbesar menuntut beliau meletak jawatan, semalam.

Percubaan terdesak Mubarak bagi menyelamatkan jawatannya dengan melantik Kabinet baru hanya sia-sia selepas pemimpin angkatan tentera mengumumkan enggan menghalang penunjuk perasaan.

Penduduk Mesir mula berkumpul sejak awal pagi di Dataran Tahrir yang menjadi pusat utama protes yang masuk hari kelapan, semalam.

Demonstrasi besar-besaran bermula 25 Januari lalu dilaporkan telah meragut kira-kira 150 nyawa setakat ini.

Perkhidmatan kereta api antara bandar di negara itu turut dibatalkan dalam percubaan untuk menghalang orang ramai menuju ke pusat protes.

Keadaan di Dataran Tahrir sehingga petang semalam (waktu Mesir) terkawal dan tentera dilaporkan membuat rantaian manusia bagi melindungi penunjuk perasaan serta membuat pemeriksaan bagi menghalang senjata dibawa masuk ke dataran itu.

Tindakan kerajaan Mubarak memutuskan talian internet di seluruh negara juga tidak berjaya menghalang penunjuk perasaan daripada terus berjuang untuk menumbangkan pemerintahannya.

Sinar/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Percepatkan Ya Allah kejatuhan Hosni Mubarak ini Ya Allah..gantikan pemerintahan kepada Ikhwanul Muslimin..mudah-mudahan dapat dibuka pintu sempadan Rafah dan Gaza agar bantuan kepada penduduk Palestine dapat disalurkan..sudah kering air mata rakyat Palestine menangung penderitaan...

Tanpa Nama berkata...

amin ya rabbal a'lamin

Tanpa Nama berkata...

Takbir!!!!!Allahhuakbar...

Tanpa Nama berkata...

Malaysia bila lagi nak buat demo ni.. dah lama sangat BN (barang naik) perintah negara...