11 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
MANAMA: Dua terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan antikerajaan dan pasukan keselamatan Bahrain ketika pihak pemerintah mengenakan perintah berkurung sehari selepas memanggil masuk tentera asing.
Dua yang terbunuh dalam pertempuran di selatan Bahrain itu ialah seorang penunjuk perasaan dan anggota pasukan keselamatan.
Menurut pihak hospital, ramai penunjuk perasaan mendapatkan rawatan akibat terkena peluru penabur.
Di ibu negara Manama, ribuan penunjuk perasaan berarak ke Kedutaan Arab Saudi sambil melaungkan slogan terhadap Raja Hamad Isa al-Khalifa dan berikrar akan mempertahankan negara daripada pasukan "penakluk".
Pemimpin tertinggi syiah Bahrain pula memohon bantuan masyarakat Islam dan antarabangsa dengan memberi amaran penunjuk perasaan akan menjadi sasaran "pembunuhan beramai-ramai".
Ketika keganasan meningkat di Bahrain, Iran membantah campur tangan tentera asing dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, menggesa rakyat Bahrain menyelesaikan krisis itu secara politik.
Berita Harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan