16 Mac 2011

PAS Mendapat Sambutan Hangat Penduduk Kampung Pasir

11 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Miri 15 Mac - Sekali lagi rombongan PAS Miri bersama Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkunjung ke kampong Pasir untuk untuk lawatan susulan sebelumnya. Kali ini sambutan penduduk kampong Pasir terhadap PAS sangat luar biasa, dimana lebih ramai lagi penduduk kampong Pasir menyambut kedatangan rombongan PAS.

Penduduk kampong pasir sungguh gembira dengan kedatangan rombongan PAS kali ini dimana mereka sempat meluahkan perasaan dan harapan mereka agar PAS dan Pakatan Rakyat dapat menolong mereka menyelesaikan masalah mereka seperti mendapatkan ‘grant’ tanah serta kemudahan asas yang sepatutnya sudah lama mereka nikmati.

Pada masa yang sama tuan rumah juga mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian PAS datang ke kampong mereka. Selepas dari ucapan tuan rumah, sdr Yeo Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri juga memberi sedikit ucapan tentang mengapa beliau memlih PAS sebagai wadah perjuangan bukan SUPP BN.

Kata beliau bahawa semua agama mengajar manusia jadi baik bukan jadi jahat dan merampas hak orang lain maka dengan sebab itu dia yakin PAS adalah sebuah parti yang lebih baik dari parti BN. Kata beliau walaupun PAS parti Islam tapi PAS tidak jahat macam Umno/BN dimana mereka merampas hak rakyat dan sering kali menipu rakyat dengan mengatakan kalau orang bukan islam sokong PAS mereka akan di paksa masuk Islam dan semuanya akan hidup susah.

Semua ini adalah bohong belaka katanya sebab itulah beliau yakin PAS adil untuk semua. Beliau juga menyeru penduduk kampung Pasir yang majoritynya bukan beragama Islam agar menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum nanti.

YDP PAS Miri Hj Jofri Jaraiee juga sempat memberi pesanan dan peringatan kepada penduduk kampong agar jangan takut untuk berubah kerana selama BN perintah Sarawak, kampong Pasir pun masih jauh ketinggalan dari segi kemudahan asas dimana mereka masih lagi menggunakan ‘generator’ untuk bekalan api elektrik.

Begitu juga dengan masalah tanah dimana mereka ini masih dianggap sebagai setinggan oleh pihak berwajib walaupun mereka untuk mendiami kampong tersebut berpuluh-puluh tahun lamanya. Pihak berwajib langsung tidak menghiraukan masalah mereka agar diberi tanah lot untuk kediaman tetap.

Beliau juga menyeru kalau boleh nama kampong Pasir diubah jadi kampong Pas dan disambut dan disokong oleh penduduk kampong Pasir dengan baik sekali.

Seterusnya ketua Penerangan PAS pusat ustaz Idris Ahmad juga menceritakan tentang kebaikan yang dinikmati oleh rakyat yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri di semananjung Malaysia. Katanya sebelum kerajaan Pakatan di rampas oleh BN di Perak dulu, rakyat Perak yang tidak mempunyai grant tanah telah diberi oleh kerajaan Pakatan walaupun hanya sempat memerintah lebih kurang 11 bulan sahaja.

Beliau mengingatkan penduduk kampong sekiranya kerajaan Pakatan boleh bagi kemudahan asas kepada rakyat hanya dalam berapa bulan saja memerintah dibandingkan dengan kerajaan BN yang sudah memerintah hampir 54 tahun masih lagi tidak mampu lagi untuk memberi kemudahan asas kepada rakyat terutama sekali kepada penduduk diluar bandar.

Bukan saja itu beliau juga berkata Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil minyak tetapi penduduk kampong hanya dapat ‘tahi minyak’ sedangkan pemimpin BN hidup mewah dan rakyat terus hidup dalam kemiskinan dan penderitaan jadi beliau menyeru agar rakyat sarawak perlu perubahaan yang besar untuk menikmati hasil bumi sarawak.

Selepas ucapan ringkas dari pimpinan PAS, penduduk kampong Pasir yang kurang bernasib baik telah diberi sedikit sumbangan dari PAS Miri. Seramai lebih dari 40 orang keluarga yang kurang bernasib baik mendapat sumbangan tersebut. Harapan penduduk kampong terhadap PAS sungguh tinggi agar mereka dapat pembelaan nanti sekiranya ditakdirkan Pakatan Rakyat dapat mengambil alih kuasa dari BN.

Mereka juga bersedia membantu PAS untuk mencapai hasrat untuk merubah. Ini menujukan bahawa PAS boleh diterima oleh semua kaum tanpa mengira agama dan warna kulit. Pas untuk semua.

Semoga Allah memberi pertolongan kepada PAS dan rakyat yang dizalim oleh BN selama ini agar dapat mengambil semula hak mereka yang telah dirampas oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan oleh orang menyalahgunakan kuasa mereka.

Daripada PAS Miri

Tiada ulasan: