16 Mac 2011

Panik mula melanda Tokyo

11 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO - Kebimbangan mengenai peningkatan tahap radioaktif dalam udara akibat letupan loji nuklear menyebabkan sebahagian kecil penduduk Tokyo mula meninggalkan ibu negara itu dan yang lain menyimpan bekalan makanan dan barangan harian.

Beberapa kedutaan negara luar di bandar besar itu turut mengarahkan pegawai dan rakyat asing meninggalkan kawasan terjejas selain pelancong membatalkan percutian ke Tokyo.

Beberapa petugas media antarabangsa yang membuat liputan di Sendai, wilayah paling teruk terjejas dalam bencana itu, mula meninggalkan bandar itu selepas letupan keempat berlaku di loji nuklear itu, semalam.

Media Jepun melaporkan, tahap radioaktif rendah mula dikesan di Tokyo dan radiasi di bandar terhampir dengan Tokyo adalah 40 kali ganda lebih tinggi berbanding tahap normal. Tahap itu tidak membahayakan kesihatan tetapi mencetuskan panik dalam kalangan 12 juta penduduk bandar metropolitan itu.

Angin di kawasan loji nuklear di utara Jepun bertiup ke selatan menuju ke Tokyo sebelum dilaporkan berubah ke arah barat, semalam.

Sinar Harian/-

Tiada ulasan: