16 Mac 2011

Lelaki soleh pun cemburu kerana ia lumrah cinta

11 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Kisah 1 – Rasulullah SAW mencemburui Mariah al-Qibtiyya

Ðiriwayatkan oleh Abdullah bin Lahi’ah daripada Yazid bin Abi Habib daripada Abdul Rahman bin Syamasah al-Mahri daripada Abdullah bin Umar, ketika Mariah al-Qibtiyyah mengandungkan anak Rasulullah, Ibrahim, seorang kerabat lelakinya dari Mesir kerap datang menziarahinya.

Suatu hari, Rasulullah SAW menemui Mariah dan melihat kerabatnya ada bersamanya. Rasulullah brasa cemburu. Baginda keluar dengan rona wajah yang berubah. Ði perjalanan, Baginda bertemu dengan Umar.

Umar perasan ada sesuatu yang Rasulullah pendamkan. Umar lantas bertanya keadaan Baginda. Rasulullah menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah.

Umar lalu menghunus pedang lalu mencari lelaki itu. Lelaki itu segera menyingkap keadaan zakarnya yang sudah dipotong. Umar tidak jadi membunuhnya.

Ðia menemui Rasulullah. Rasulullah berkata, “Jibrail tekah datang kepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya daripada tuduhan yang terlintas pada diriku.” (Hadis riwayat al-Bazzar)

Kisah 2 – Umar cemburukan isterinya ke masjid

Umar bin al-Khatta tidak kurang besar cemburunya. Pernah isterinya keluar untuk solat jemaah di masjid. Ðaripada riak wajahnya, isterinya tahu Umar tidak suka dan sedang cemburu.

Lalu isterinya berkata, “Jika kanda melarang, dinda takkan pergi.” Umar diam sahaja kerana teringat pesan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Janganlah kalian melarang para wanita pergi ke masjid.” (Hadis riwayat al-Bukhari, Ahmad dan Abu Ðaud)

Kisah 3 – Ibn Umar cemburu mendengar bicara isterinya dengan lelaki kerabatnya

Hammad bin Zaid daripada Ayyub daripada Ibn Abi Mulaikah menyebut bahawa Ibn Umar mendengar isterinya berbicara dengan seorang lelaki dari balik tembok. Antara mereka masih ada hubungan kekeluargaan, namun Ibn Umar tidak mengetahuinya.

Lalu dia mengumbulkan pelepah kurma dan memukul isterinya sehingga si isteri berteriak kesakitan.

Kisah 4 – Cemburu Mu‘az bin Jabal waktu makan epal

Al-Khairathi menyebut daripada Mu‘az bin Jabal bahawa dia makan epal bersama isterinya. Lalu masuklah hambanya menemuinya.

Kemudian si isteri memberikan epal yang telah dimakan sebahagian kepada hamba itu. Mu‘az rasa cemburu, hingga dia bertindak memukul isterinya.

Bila tiada cemburu...

Kenapa ada suami yang rasa malu jika dikatakan dia seorang yang cemburu? Malah cuba menyorokkan rasa cemburunya. Sebaliknya rasa bangga kerana dikatakan seorang yang sporting disebabkan tak nampak bersifat cemburu. Seolah-olah salah kalau suami cemburu.

Memang cemburu suami itu salah jika ia dilayan oleh emosi melulu. Cemburu yang menimbulkan rasa marah dan buruk sangka tak menentu. Hingga membawa kepada tindakan dan keputusan ikut nafsu. Ada juga kes yang kita dengar dan baca tentang cemburu suami yang begini.

Moga dijauhkan Allah dari cemburu yang ekstrim ini. Tapi kalau cemburu itu memang kerana sayang isteri, mahukan kebaikan untuk isteri dan semata-mata didorong oleh sifat ambil berat terhadap isteri, maka cemburu itu perlu. Suami ada hak dan patut cemburu.

Kenapa harus rasa bersalah jika ada perasaan cemburu? Ia sifat semula jadi yang ada pada setiap suami yang normal. Cemburu macam juga marah, ada waktunya perlu diserlah. Marah tak salah.Sebaliknya kalau tak marah pada tempat yang patut marah, itu satu kesalahan. Itu juga tanda kita lemah. Begitu juga tak cemburu pada tempat yang patut cemburu, ia juga satu kelemahan.

http://laman-seri.blogspot.com/

Tiada ulasan: