03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Kemenangan "awal" Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah hari ini tentunya suram dengan satu lagi pusingan serangan peribadi Tun Mahathir Mohamad terhadap mantan timbalannya, kali ini menerusi buku autobiografinya.
Anwar pagi tadi berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menolak beberapa bahan bukti yang diperolehi oleh polis secara tipu helah namun kini berdepan dengan asakan fitnah Mahathir menerusi buku berjudul "Doktor Dalam Rumah."
Oleh kerana didokong oleh Umno-Barisan Nasional dan seluruh jentera kerajaan, Mahathir merasakan beliau masih mempunyai hak mutlak membuat tuduhan-tuduhan liar terhadap Anwar walaupun bukan lagi menjadi Perdana Menteri.
Segala percubaan Anwar untuk mempertahankan dirinya di mahkamah daripada serangan-serangan Mahathir sebelum ini tidak berhasil kerana ia berkait dengan tahap kewibawaan sistem kehakiman negara ketika ini.
Dalam membuat tuduhan-tuduhan liar menerusi buku "Doktor di dalam rumah" Mahathir hanya mendedahkan sifat semula jadinya untuk berbohong apabila perlu demi melindungi kredibilitinya sendiri.
Ramai tentunya masih ingat bahawa setelah membuat pelbagai tuduhan terhadap Anwar pada tahun 1998, Mahathir enggan hadir di mahkamah apabila diberi peluang penuh untuk memberi keterangan pada perbicaraan pertama Anwar.
Beliau menggunakan segala pengaruh dan kuasa selaku Perdana Menteri untuk mengelak daripada memberi keterangan atau disoal balas oleh peguam Anwar ketika itu.
Jika Mahathir hadir di mahkamah untuk mempertahankan tuduhan-tuduhannya, seluruh masyarakat - di dalam dan luar negara tentunya akan "tabik" dengan ketelusan beliau.
Sebaliknya beliau memilih untuk terus melontarkan tuduhan-tuduhan liar itu di luar mahkamah dan meneruskannya walaupun setelah Anwar dihumban dalam penjara ketika itu.
Hari ini, walaupun tidak lagi menjadi Perdana Menteri, tabiat buruk berbohong susah dikikis oleh Tun.
Sudah tentu tuduhan-tuduhan terbaru beliau akan didokong oleh pemimpin-pemimpin Umno sekarang, kerana walaupun diaibkan dan dihina dengan pelbagai cara, Anwar masih menjadi saingan politik utama kepada Umno.
Di Johor, polis digunakan untuk melarang Anwar daripada berceramah baru-baru ini. Di PRK Kerdau baru-baru ini, kereta Anwar di serang oleh samseng upahan Umno.
Malah parti itu terpaksa mengitar semula hikayat-hikayat lama berupa fitnah menerusi Umi Hafilda yang secara kebetulan mengisytiharkan dirinya peminat no 1 Mahathir.
Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku nukilannya kali ini memang pedas dan mengaibkan Anwar serta keluarga termasuk anak-anak beliau.
Namun hakikatnya ialah, Mahathir memecat Anwar bukan kerana isu "moral" tetapi kerana bimbang hayat politiknya sendiri sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno tercabar oleh kemaraan politik Anwar.
Mereka yang arif dengan politik Umno tentunya tahu latar belakang kebimbangan Mahathir pada tahun 1998 susulan kejatuhan Presiden Suharto selepas memerintah Indonesia secara autokratik selama 32 tahun.
Maka bermulalah komplot untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan menghinakan supaya beliau ditolak oleh kaum Melayu yang menjadi tunggak Umno.
Bermulalah proses menyingkirkan pengarang-pengarang kanan media massa yang dilihat sebagai rapat kepada Anwar dan diganti dengan mereka yang "tetap setia" kepada dua Tun - Mahathir dan Daim Zainuddin.
Pada masa sama bermula jugalah proses untuk mencipta dan menyediakan saksi-saksi dalam bentuk pekerja seks yang Mahathir mendakwa "hanya memberi keterangan kepada beliau dan polis."
Akhirnya tidak seorang pun daripada mereka dibawa ke mahkamah - kerana hakim dan pendakwaraya mempunyai "persefahaman' begitu baik untuk mensabitkan Anwar.
Percayalah, jika Anwar dibelit dengan isu moral, tidak mungkin Mahathir menyimpan beliau selama 18 tahun dalam barisan penyokong politiknya. "Berita' dan "bukti" keterlanjuran Anwar, jika benar , sudah tentu sampai lebih awal pada Mahathir untuk diambil tindakan.
Realitinya adalah, Mahathir berbohong dan mendalangi komplot mensabitkan Anwar di mahkamah setelah memecatnya pada 2 September 1998, demi kelangsungan politik beliau sendiri.
Beberapa pembohongan "kecil" Mahathir terdedah ketika itu, umpamanya Anwar "menumbuk" matanya sendiri ketika dalam tahanan sehingga lebam, dan mantan Timbalan Perdana Menteri kononnya adalah agen Yahudi, CIA dan sebagainya.
Namun hari ini jelas, Mahathir menyimpan pembohongan terbesarnya terhadap Anwar untuk buku autobiografinya, dengan tujuan menjamin buku "Doktor dalam rumah" laris jualannya.
Tv Selangor/-

3 ulasan:
Sebenarnya Mahathir selamanya amat takut kepada Datuk Seri Anuwar Ibrahim,sehingga takut disapina kemahkamah,semasa bersama-sama menerajui UMNO beliau melihat sendiri dan dikhabarkan oleh pembodek-pembodek UMNO ketika itu akan kehebatan DSAI,yang pasti akan menentang dan menjatuhkannya.Populariti DSAI yang berjuang menentang rasuah dan kronisma mendapat sokongan ramai ahli UMNO manakala Che Det membina pengaruh menerusi jalan yang kotor ini,penyokong-penyokong Che Det keseluruhannya dari group yang menjauhi Islam, lalu dicari jalan untuk menjatuh dan menghina DSAI agar orangramai dan ahli UMNO membenci dan hilang kepercayaan. Tetapi usaha-usaha itu menjadi sia-sia.Kemarahan Che Det bertambah-tambah walaupun telah dikerah dan diperguna segala jentera dan helah untuk merosakkan integriti DSAI telah gagal menghapus pengaruh dan sokongan keatasnya dimata orang ramai.Che Det malu besar dan akan terus membenci dan menghina DSAI sehingga keakhir hayatnya nanti dan saya percaya kata-kata penghinaan itu akan terus menjadi zikir dan ratit Che Det sehingga nyawanya tinggal dikerongkongan.
tulisan halus sangatlah YB takboleh dibaca .Saya orang lama.
Fewitt!!! Kok ye pun jahat sangat Anwar masakan digeruni oleh orang2 buta ugama.
Bayangkan diusia senja pun masih menyimpan segala dendam kesumat. Nenek moyang kita pun hebat dengan sikap berani kerana benar tapi diakhir2 usia, sediakan mengampunkan...kerana akur kita dicptakan hanya sementara.
Jika benar mereka berdosa kita kembalikan segala kejahatan untuk diadili di azali nanti.
Berbanding doktor yang Allah bagi kelebihan bukan untuk mengkaji kesalahan manusia tapi membaiki kekurangan yang ada pada tubuh badan manusia.
Dimana mutu ehsan orang tua yang tinggal cuma tak sampai se depa lagi hidupnya.
Mengkaya rayakan anak2 sendiri dengan hasil negara pun belum sempat nak ditebus segala dosa, inikan mengaibkan dosa sesama manusia sangat2 Allah benci.
Kita tak marah tapi sedih melihat keangkuhan manusia yang diciptakan yang mengaku Islam agama rasminya.
Apa sebenarnya yang dia cari? Apakah mesej Allah untuk kita?
Catat Ulasan