18 April 2011

Ahli kabinet Sarawak angkat sumpah tanpa portfolio

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUCHING: Dua hari selepas kemenangan BN di Sarawak lapan bekas menteri negeri yang menang dalam pilihan raya Sarawak pada Sabtu lalu, mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai ahli kabinet negeri yang baru hari ini selepas Barisan Nasional sekali lagi diberi mandat membentuk kerajaan negeri.

Sebelum ini Taib secara tergesa-gesa mengangkat sumpah beberapa jam selepas BN mendapat kemenangan dalam PRN Sarawak sabtu lepas.

Lima daripada mereka adalah daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan setiap seorang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Mereka mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya di sini.

Mereka terdiri Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu yang juga Timbalan Presiden PBB; Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing; Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan dan seorang lagi Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg; Timbalan Setiausaha Agung SUPP, Datuk Seri Wong Soon Koh; Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Naib Presiden PBB, Datuk Seri Michael Manyin dan Timbalan Ketua Wanita PBB, Datin Fatimah Abdullah.

Portfolio baru masing-masing belum diumumkan.

Majlis turut disaksikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada Sabtu lalu selepas BN menang 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri ke-10 itu.

2 ulasan:

Mehmed - berkata...

terima kasih untuk info..

Tanpa Nama berkata...

Semuanya veteren belaka tak ada yang muda ka.........kaki sapu semuanya..habis Serawak.....