18 April 2011

Eksport papan lapis negara ke jepun dijangka meningkat

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 April — Jumlah eksport papan lapis negara ke Jepun dijangka meningkat berikutan aktiviti pembinaan semula akibat bencana gempa bumi dan tsunami yang dijangka bermula pada suku kedua tahun ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, ini berikutan Malaysia merupakan pembekal utama papan lapis bagi pasaran negara itu.

"Eksport gas asli cecair (LNG) juga dijangka meningkat berikutan kekurangan bekalan tenaga dari loji nuklear,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Lim berkata bencana yang menimpa Jepun akan memberi sedikit kesan atas ekonomi Malaysia pada tahun ini berikutan kemungkinan pengaliran keluar keuntungan terkumpul syarikat Jepun di negara ini bagi membantu syarikat induk mereka di Jepun untuk menghadapi krisis.

Tiada ulasan: