14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUWAIT: Arab Saudi semalam mengumumkan kerajaan sudah mengurangkan pengeluaran minyak mentah negara itu sebanyak 800,000 tong sehari sejak Mac lalu berikutan terlebih bekalan di pasaran.
Namun, tidakan itu itu dianggap satu isyarat bahawa Opec tidak akan bertindak untuk menangani masalah harga minyak yang semakin mendadak di pasaran dunia sekarang.
Negara pengguna mahu kumpulan pengimport minyak supaya menambah bekalan minyak mentah masing-masing selepas harga bahan api itu mencecah AS$127 setong, bulan ini iaitu paras paling tinggi dalam tempoh dua setengah tahun lalu.
Peningkatan harga minyak mentah naik mendadak berikutan keadaan tegang di negara Afrika Utara dan Asia Barat, baru-baru itu.
Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Naimi berkata kerajaan negara itu bertindak berikutan keadaan bekalan yang kini berlebihan di pasaran.
Katanya, peningkatan harga minyak dunia sekarang adalah di luar kawalan Opec tetapi pertubuhan negara pengeluar minyak itu akan mengadakan pertemuan Jun ini.
"Pasaran sekarang terlebih imbangan. Jumlah pengeluran kami pada Februari ialah 9.125 juta tong sehari manakala Mac 8.292 juta tong sehari.
"Pada Mei tidak belum mengetahuinya lagi, mungkin lebih tinggi sedikit daripada Mac.
"Sebab saya mendedahkan jumlah ini untuk memberitahu anda bahawa keadaan pasaran minyak mentah dunia sekarang terlebih bekalan," katanya. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan