Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Oleh Nazmi Yaakub
PUTRAJAYA: Penyair tanah air, Datuk Dr Ahmad Kamal atau lebih dikenali sebagai Kemala, diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara (ASN), sekali gus menjadi Sasterawan Negara (SN) ke-11.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengumumkannya, berkata Kemala akan menerima Warkah Penghormatan Negara dan hadiah wang tunai bernilai RM60,000.
"Sekretariat ASN menerima sebanyak 14 pencalonan, iaitu lima pencalonan baru, selain sembilan calon sebelum ini.
"Pemilihan Kemala berdasarkan karyanya yang bermutu tinggi dalam daya renungnya, tinggi daya cipta dan daya rekanya serta mempunyai nilai estetika yang mengagumkan," katanya pada sidang media di Kementerian Pelajaran di sini, sebentar tadi.
Kemala yang dilahirkan di Gombak dan kini Sarjana Tamu di Universiti Putra Malaysia, menghasilkan kumpulan puisi sebanyak 11 judul; antologi puisi (25); kajian sastera (10); kumpulan cerpen (4); antologi cerpen (8); drama (4)dan cerita kanak-kanak (3), selain 50 esei serta kritikan sastera.
1 ulasan:
Tahniah.
Catat Ulasan