17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
MOHD Hafiq Abdullah menunjukkan pokok rhu dan kelapa yang tumbang akibat dipukul ombak di pantai Terengganu.
GEORGETOWN: Pusat Kajian Pantai, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) mendapati Pulau Pinang tidak menghadapi risiko peningkatan paras air laut kerana hanya mencatat kenaikan 2.33 milimeter (mm) setahun.
Pengarahnya, Ir Mohd Radzi Abdul Hamid, berkata pihaknya melakukan kajian di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang melalui Stesen Tolok Pasang Surut yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan pemantauan satelit.
“Kita akui ada peningkatan tetapi ia tidak memberi impak yang besar atau memberi gangguan kepada kawasan penduduk, pertanian dan perumahan.
“Hanya ada kenaikan di empat lokasi iaitu Sungai Sarawak, Sarawak; Kuala Kedah, Kedah; Kuala Terengganu, Terengganu dan Sandakan, Sabah dengan catatan 0.5 meter pada 2010, tetapi masih awal (kemungkinan ditenggelami) dan tidak memberi sebarang risiko," katanya ketika dihubungi.
Sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara dikatakan meningkat purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.
Mohd Radzi berkata, pihaknya menjalankan kajian lanjut mengenai peningkatan paras laut bagi membolehkan tindakan diambil.
“Semua kajian yang dilakukan masih awal dan baru-baru ini kami membuat lawatan ke kawasan yang sudah dikenal pasti bagi melihat kesan dan risiko pada masa depan.
“Kajian terperinci dijangka dapat diketahui sebelum akhir tahun ini dan kenaikan bukan saja dialami di Malaysia tetapi membabitkan seluruh dunia,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan